Beirut musnah! Kenali ammonium nitrat punca utama letupan!
Published bySELURUH isi dunia turut terkejut dan simpati dengan nasib rakyat Lubnan (Lebanon) khususnya penduduk di Beirut yang terkesan dengan letupan dahsyat di sebuah gudang berdekatan pelabuhan di bandar raya tersebut. Lebih menyayat hati, ia meragut ratsan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain. Pelbagai klip video menunjukkan rakaman kejadian tersebar dalam media sosial. : KitaReporters
Berlaku kebakaran sebelum terjadinya letupan besar.
Lagi cerita dari Lubnan:
https://kitareporters.com/search?search=lebanon
Dapat dilihat daripada klip-klip video tersebut betapa kuatnya impak letupan tersebut sehingga menjangkau beberapa kilometer daripada tempat kejadian.
Setakat ini, punca utama letupan dikenal pasti adalah berpunca daripada 2,700 tan ammonium nitrat yang disimpan berdekatan dengan pelabuhan bandar tersebut.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah itu
ammonium nitrat. Justeru, menerusi laman Instagram, Public Health Malaysia
(PHM) berkongsi informasi mengenai baja tersebut.
“Ammonium nitrat atau formulanya NH₄NO₃ dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia. Ia juga bahan utama dalam proses letupan untuk menggali mineral yang mana bahan ini dicampur dengan minyak dan dihidupkan dengan cas letupan.
“Untuk industri ammonium nitrat menjadi satu letupan yang bahaya, ia perlu melalui proses yang panjang dan banyak masalah perlu berlaku. Inilah yang berlaku di Beirut,” tulis PHM.
Pasti anda pelikkan bagaimana baja boleh menghasilkan
letupan sedahsyat itu? Punca letupan tersebut disebabkan suhu tinggi sehingga
menghasilkan gas yang menyebabkan berlakunya letupan.
"Ammonium nitrat tidak akan terbakar dengan sendiri.
Malah, ia adalah sumber oksigen yang akan mempercepatkan proses pembakaran
bahan lain. Sebab itu, ia sangat berfungsi di dalam perlombongan di mana
kawasan yang kurang oksigen. Dengan adanya ammonium nitrat akan menghasilkan
oksigen untuk proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain.
“Namun pada suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitrogen oksida dan wap air. Gas inilah yang akan menyebabkan letupan.
“Jadi kalau ada api marak berdekatan dengan bahan
ini, ia boleh menyebabkan letupan seperti yang juga berlaku di Tianjin, China
pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 175 orang di sebuah kilang ammonium
nitrat.
“Walaupun kita tidak tahu punca sebenar di Beirut,
tetapi kita dapat lihat melalui video, letupan itu berlaku setelah beberapa
ketika kebakaran berlaku.
“Memang sukar sebenarnya ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat ammonium nitrat disimpan. Malah ia tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanan stok yang tidak betul,” jelas PHM.
Kejadian ini juga menyebabkan pelbagai andaian dan ada yang mengaitkan dengan masalah politik Lubnan.
Sekiranya kejadian ini adalah disebabkan sabotaj daripada pihak tertentu, ia merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan dan patut dihukum! - KitaReporters
Kredit foto: FB @idealblasting