Polis mengadakan sekatan masuk ke perumahan RAKR Pelagat 3, Jertih berikutan pelaksaanaan PKPD


TINDAKAN segelintir penduduk di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Seberang Jertih, Terengganu, yang bertindak meninggalkan rumah masing-masing sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menimbulkan kegelisahan kepada penduduk di sekitar daerah Besut.

Orang ramai bimbang kerana sebahagian besar mereka belum menjalani saringan COVID-19 dan bertindak meninggalkan rumah masing-masing untuk tinggal di rumah keluarga dan sanak saudara di kampung lain bagi mengelak berada dalam kurungan PKPD.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD

Anggota polis memasang kon pada semua laluan masuk ke perumahan RAKR Pelagat 3, Jertih


Penduduk terbabit dikatakan bertindak meninggalkan rumah yang mereka duduki di RAKR terbabit apabila mengetahui PKPD dikenakan di kawasan perumahan itu bermula 14 Mei hingga 27 Mei 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti setempat.

Malah, tindakan segelintir pihak terbabit turut dikecam oleh penduduk di perumahan terbabit kerana ia menjejaskan usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjejak mereka yang berada di luar kawalan.



Kira-kira 200 keluarga tinggal di perumahan berkenaan tinggal di situ sejak lebih 30 tahun dan dipercayai ada yang kini menumpang di rumah anak-anak atau sadara mara yang berada di sekitar daerah Besut beberapa hari sebelum pelaksanaan PKPD.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya memandang berat kejadian itu kerana ia mengundang bahaya kepada keluarga dan masyarakat tempat yang mereka pergi

Katanya, ini adalah satu perbuatan yang tidak baik yang boleh menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh memutuskan rantaian COVID-19.


Abdul Rozak Muhammad


PDRM dan KKM akan tengok dari sudut undang-undang jika mereka gagal hadir untuk pemeriksaan saringan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat 14 Mei 2021.

Abdul Rozak berkata, pihak PDRM masih memberi peluang kepada semua penduduk yang meninggalkan rumah masing-masing untuk kembali berada di perumahan terbabit. 

Tujuan PKPD ini untuk bantu masarakat  di situ bebas daripada COVID-19. Sepatut mereka kerjasama bukan bertindak begitu yang merugikan diri mereka dan masyarakat,” katanya. 


Semua laluan masuk ke perumahan RAKR Pelagat Tiha kini disekat


Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), jabatan itu melaporkan satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 13 Mei 2021 dari daerah Besut. 

Kes membabitkan seorang  wanita berumur 63 tahun berasal dari Kg Gertak, Kuala Besut, mempunyai sejarah darah tinggi dan angin ahmar. Mangsa datang ke hospital dengan simptom demam, ceret beret dan lenguh-lenguh badan.

“Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Besut seramai 11 orang. Dalam tempoh dua minggu pada bulan Mei (2021) ini sahaja Besut melaporkan seramai 525 kes,” kata kenyataan tersebut. - KitaReporters 


Tiada lagi laluan keluar masuk ke perumahan RAKR Pelagat Tiga, Jertih

18
7
15
2
0

Copy Link: