SIAPA tak kenal pelakon dan pengacara versatil, Sherry Alhadad telatah di pentas tidak perlu dipertikai lagi malah setiap perkataan yang keluar daripada mulut pasti membuatkan kita tersenyum. Kini beliau melebarkan sayap menjadi Penyampai Radio Era secara rasmi pada 1 Mac 2021.

Wow… gandingan mantap bersama tiga lagi iaitu Johan, Haniff dan Ray penyampai pasti menggamatkan keadaan sekali gus dapat menghibur pendengar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Sherry Alhadad:

https://kitareporters.com/search?search=sherry+alhadad


GANDINGAN HEBAT... Sherry secara rasmi akan menjadi penyampai radio Era mulai 1 Mac 2021. - Kredit foto: Facebook Mek Kembang Cooton.


Menerusi kenyataan Era, kemasukan Sherry Alhadad secara automatik menukar nama gandingan mereka daripada JoHaRa kini menjadi JoHaRaRy iaitu gandingan nama Johan, Haniff, Ray dan Sherry.

Pengurus Kandungan Era, Erman Zaki dalam kenyataan memaklumkan pihaknya teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami.

Malah segmen Pagi Era JoHaRa kini ditukar menjadi JoHaHaRy Pagi Era.

“Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat Era atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA,"katanya.




Sherry akan memeriahkan suasana pagi di Era dengan suara, telatah dan celotehnya yang menggamit hati, turut dilengkapkan bersama gandingan Johan, Haniff dan Ray.

Mereka akan membincangkan pelbagai topik menarik secara santai bersama para peminat seperti muzik, hiburan serta gaya hidup semasa.

Selain penampilan baharu Sherry di Era peminat kini bakal dihidangkan dan terus berhibur menikmati pengisian menarik bersama JoHaRaRy Pagi Era setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Sepanjang empat jam berceloteh bersama empat penyampai, pendengar akan dihidangkan dengan tiga segmen iaitu Sketsa JoHaRaRy yang membolehkan peminat berhibur dan bergelak ketawa dengan pelbagai sketsa atau cerita yang dilakonkan oleh empat penyampai berkenaan.

Malah Spontan Era juga memberi penekanan kepada peminat untuk berinteraksi bersama penyampai dengan permainan yang menarik seperti pantun dua kerat, soal menyoal dan juga ayat penyata.

Selain itu pendengar juga akan dihiburkan dengan segmen Sam Leper iaitu lakonan Sam Leper seorang King of Motorspot membincangkan hal-hal motosikal dengan penuh lawak jenaka.



Rasanya tak sabar menunggu tarikh berkenaan. Mesti gempak kan ganding empat individu itu??

Bagus pengurusan Era sekurang-kurangnya gelak tawa mereka dapat menjadi peneman selain pengubat lara ketika pendengar yang dalam perjalana ke pejabat.

Good Luck Sherry! KitaReporters

5
2
0
0
0

Copy Link: