MELIHAT sisik ikan pasti kita menganggap tiada apa yang boleh dihasilkan dan menganggap itu sebagai sampah yang tiada harga. Namun pandangan itu berbeza bagi pelajar Jabatan Reka Bentuk Produk di Universiti Sussex, England yang menjadikan sisik ikan sebagai penyelamat alam sekitar dengan menghasilkannya menjadi plastik mesra alam. : KitaReporters

SAMPAH ang bertaburan memenuhi lautan dan mengambil masa yang panjang mendorong dirinya mencipta sesuatu yang boleh memberi manfaat.


Hasilnya menerusi inovasi yang dibangunkan Lucy Hughes yang dipetik farmores.com berjaya menghasilkan plastic mesra alam yang terhasil bahan terbuang tersebut.

Hebat kan! Tak pernah terfikir sisik itu mempunyai kegunaan dan rupanya bahan berharga.

Tegasnya, jumlah sampah plastik yang berlebihan dan tidak diurai secara semula jadi mendorong dirinya mencari solusi sendiri.

Baginya sekiranya ‘masalah’ itu tidak ditangani dengan betul, sampah plastik akan terus wujud di lautan selama beratus-ratus tahun!


Menyedari sisik tersebut dibuang begitu sahaja dia mencuba menghasilkan produk daripada bahan terbuang tersebut bagi menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat.

Selepas menjalankan pelbagai eksperimen, Hughes akhirnya berjaya membangunkan bioplastik yang dikenali sebagai ‘MarinaTex’, yang terhasil daripada sisik ikan.

Bahan mentah utama plastik tersebut adalah kulit ikan, sisik ikan dan alga merah yang dihasilkan di kawasan nelayan dan kilang produk perikanan.

Menariknya, bioplastik tersebut menyerupai dengan beg plastik biasa, hanya memerlukan 4 hingga 6 minggu untuk diuraikan.

LUCY HUGHES menunjukkan sisik dan alga ikan yang akan diproses menjadi plastik mesra alam.


Malah ciptaan itu boleh urai secara semula jadi dengan sepenuhnya, malahan boleh dijadikan baja kompos.

Cepatkan! jadi tak lama sangat sehingga puluhan tahun dan boleh dijadikan baja lagi.

Lebih membanggakan ciptaan inovatif pelajar Britain itu memenangi tempat pertama dalam Anugerah James Dyson 2019 di United Kingdom yang merangkul hadiah bernilai £30,000 (RM161,000).

Biarpun masih pada tahap penyelidikan dan pembangunan, pakar mengatakan bahawa jika segala proses berjalan dengan lancar, plastik mesra alam itu akan secara rasmi bersedia untuk pengeluaran.

Wow! Tak sabar nak tengok plastik daripada sisik ikan. Harap-harap tak la bau ikan pulak!

Tahniah orang muda! - KitaReporters

PLASTIK mesra alam yang dihasilkan boleh hancur dalam tempoh empat hingga enam minggu berbanding plastik biasa yang memakan masa yang lebih lama.

 

 

2
1
0
0
0

Copy Link: