Berita Terkini| Ibu bersalin dicadang terus divaksin sebelum pulang ke rumah! Mudahkan urusan!
Published byRINA Harun berkata, hampir 110,000 wanita hamil telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui MySejahtera dan setakat ini, seramai 11,000 individu telah mendapat janji temu.
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan supaya ibu yang bersalin di hospital diberikan suntikan vaksin Covid-19 sebelum pulang ke rumah.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata,
langkah itu bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin, namun perlu berdasarkan
nasihat daripada pakar.
"Saya nak cadangkan agar ibu-ibu selepas bersalin
dapat diberikan vaksin di hospital sekiranya bersesuaian, maknanya, tidak perlu
balik ke rumah dan kena datang semula ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk
dapatkan vaksin.
"Namun, semuanya bergantung kepada pakar
sekiranya dirasakan sesuai berbuat demikian," katanya seperti dipetik oleh
Bernama pada Ahad, 27 Jun 2021.
Buat masa ini Rina berkata, hampir 110,000 wanita
hamil telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui MySejahtera dan
setakat ini, seramai 11,000 individu telah mendapat janji temu.
Pada masa sama, Rina berkata, pusat keluarga milik KPWKM juga dijadikan PPV dijangka turut boleh dimanfaatkan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin nanti.
"Kita sudah berbincang dengan kementerian
berkaitan mengenai ibu mengandung sebab risiko mereka lebih tinggi daripada
yang lain.
"Jadi di kementerian kita ada Pusat Keluarga
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Seremban 2 yang
dijadikan PPV di Seremban untuk tujuan terbabit," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
PUSAT keluarga milik KPWKM juga dijadikan PPV secara awam dijangka turut boleh dimanfaatkan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin.