Kes COVID-19 terus meningkat! Kelantan bertukar status dari PKPB kepada PKP mulai 16 Jan 2021
Published byPENDUDUK Negeri Kelantan terpaksa akur dengan keputusan kerajaan menukarkan status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dinikmati mereka sejak tiga hari lalu kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini demi keselamatan dan kesihatan penduduk juga. : KitaReporters
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat meneliti dokumen perjalanan seorang pemandu di SJR Bukit Yong, Pasir Puteh. - Kredit foto: IPK Kelantan
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kelantan:
https://kitareporters.com/search?search=Kelantan
Kelantan menjadi negeri ketujuh yang akan melaksanakan PKP bermula 16 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 nanti.
Keputusan meletakkan Kelantan dalam pelaksanaan PKP dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes positif yang mendadak di negeri berkenaan.
Menurut rekod KKM sehingga 15 Januari 2021 secara kumulatif sebanyak 1,728 kes positif telah direkodkan di Negeri Kelantan. Sejak 10 Januari 2021, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari. Manakala kes aktif turut meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kes kepada 891 kes.
Manakala keadaan terkini kes COVID-19 di negeri tersebut pada 15 Januari 2021 yang direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menunjukkan ada sebanyak 79 kes baharu COVID-19 iaitu 68 kes tempatan dan 11 kes import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 1,728 kes.
Status ke COVID-19 di Kelantan pada 15 Januari 2021
Manakala KKM turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini dalam zon merah dan jingga.
Masing-masing tujuh daerah zon merah, iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.
Dua daerah zon kuning, masing-masing di Pasir Puteh dan Pasir Mas, manakala satu daerah zon jingga, Jeli.
Sebelum ini, MKN melaksanakan PKPB di Kelantan mulai 13 hingga 26 Januari 2021.
Status kes COVID-19 mengikut daerah di Kelantan pada 15 Januari 2021
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Januari 2021 mengesahkan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan PKP.
“Oleh itu di atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia, keraajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan," jelasnya.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat turun padang membuat lawatan dan pemantauan keadaan di Sekatan Jalanraya Bukit Yong Pasir Puteh, Kelantan bersempadan Terengganu pada 15 Januari 2021.
Kehadiran Shafien itu bagi melihat sendiri pergerakan orang ramai yang menggunakan kenderaan yang keluar masuk ke negeri berkenaan dalam tempoh pelaksanaan PKP
Katanya, ketika tinjuan dilakukan di SJR tersebut mendapati keadaan lalu lintas dan kenderaan yang melalui kawasan sekatan jalan raya yang didirikan di pintu masuk Sempadan Negeri Kelantan mendapati jumlah kenderaan berkurangan pada sebelah pagi.
Beliau berkata, Kelantan masih
mengekalkan empat lokasi sekatan jalan raya di pintu masuk sempadan negeri berkenaan bagi mengawal pergerakan keluar
masuk kenderaan dan orang ramai ke negeri tersebut. - KitaReporters
Keadaan SJR Bukit Yong sempadan Kelantan/Terengganu