SEPERTI sedia maklum, sejak wabak COVID-19 ini merebak ke seluruh dunia, beberapa tindakan telah diambil oleh kebanyakan negara bagi memastikan gejala ini dapat dibendung daripada terus merebak dalam kalangan rakyat. Antara tindakan yang diambil adalah sekatan penerbangan masuk dan keluar, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), total lockdown di beberapa negara dan banyak lagi. : KitaReporters


Perkara ini sudah tentu memberi kesan kepada rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air setelah negara itu mula mengenakan undang-undang di negara mereka.

Namun begitu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah merangka pelbagai plan untuk membawa pelajar mahupun rakyat yang tersangkut di sana.

Atas budi bicara dan hubungan baik antara kedua-dua negara, kita berjaya membawa balik peringkat demi peringkat.


Terbaru, 20 buah bas yang membawa 400 pelajar dari Kaherah, Mesir baru sampai ke Malaysia dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di Hotel Ibis, KLCC Kuala Lumpur.


Mereka yang tiba pada bulan ramadan ini sudah pasti memberi cabaran kepada petugas barisan hadapan untuk menghadapi dugaan ini.

Kita boleh melihat gambar petugas barisan yang dikongsi oleh Lt. M (PA) Nurul Nadirah Shamsul Liani sebelum Abang Just Sebarkan berkongsi sekali lagi gambar yang sama. 




Melalui gambar tersebut, jelas ada beberapa petugas sudah keletihan dan ada juga cuba memberi senyuman serta layanan terbaik kepada pelajar ini. 



Mereka yang bekerja 6 jam tanpa henti ditambah sedang berpuasa, bukanlah sesuatu tugas mudah. 

Fizikal dan mental sudah tentu perlu kuat jika tidak, pasti akan tumbang. 

"Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi sorang rebah dgn full PPE. 

"Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas seramai dalam 400 orang pelajar dari Cairo. 

"Kemasukan 6 jam tanpa henti, badan makin lemah, ada yang dah muntah, ada yang hampir pitam, ada yg badan dah menggigil. 

"Bukan mudah nak lalui perjalanan ini. Aku pun dah lemah di celah mesin fotostat," luahan frontliner.

Kita mengharapkan para petugas barisan hadapan ini diberi kekuatan luar biasa untuk menjalankan tugas demi rakyat dan negara. - KitaReporters

3
1
2
0
0

Copy Link: