Berita Terkini| Pendaftaran suntikan Covid-19 di Kelantan masih rendah! Hanya 259k mendaftarkan
Published byMEREKA yang mendaftar untuk menerima vaksin masih rendah dan Kelantan berada di kedudukan negeri ketiga terakhir di Malaysia .
PENDAFTARAN untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kelantan dilihat masih rendah dan berada di kedudukan ketiga terakhir dalam negara berdasarkan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera.
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, hanya
259,000 daripada kira-kira 2 juta penduduk di negeri itu yang mendaftar diri
sebagai penerima suntikan vaksin.
“Setakat ini
mereka yang mendaftar untuk menerima vaksin masih rendah dan Kelantan berada di
kedudukan negeri ketiga terakhir di Malaysia yang masih rendah mendaftar.
“Angka berkenaan masih terlalu rendah berbanding jumlah sasaran iaitu 1.2 juta penerima dalam kalangan penduduk Kelantan,” katanya yang dipetik oleh Journalmalaysia.com, pada Khamis 15 April 2021.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.
Berikutan kurang mendapat sambutan dan jumlah yang masih rendah, Jabatan Kesihatan Kelantan dengan pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri bakal mengadakan pelbagai program turun padang bagi memberi pendedahan pentingnya suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat setempat.
Sehubungan itu Dr Zaini berharap orang ramai dapat mendaftar segera untuk menerima vaksin secepat mungkin,” katanya
Malah, sikap tunggu dan lihat juga menjadi punca kegagalan penduduk di Kelantan mendaftarkan diri mereka sebagai penerima vaksin.
Sementara
itu beliau turut menjelaskan Jabatan kesihatan akan memulakan suntikan kepada
warga emas di negeri itu yang telah mendaftar mulai 26 April ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter