PENTING bagi seseorang pesakit yang menghidap penyakit asma untuk sentiasa memastikan bekalan ubatan dan peralatan alat sedut sentiasa dalam keadaan yang baik

Sehubungan itu, kumpulan penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan mencipta produk yang dinamakan Tanaffas iaitu alat bantu untuk memudahkan penghantaran ubatan (spacer) menggunakan Metered Dose Inhaler (MDI)

Alat ini boleh dikecilkan untuk tujuan penyimpanan yang sering digunakan bagi pesakit yang mempunyai masalah peparu seperti asma.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ciptaan dan inovasi


Menurut Dr. Nur Zaireena Zainal dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM selaku ketua penyelidik berkata, beliau mendapat idea ini apabila anaknya yang menghidap asma mengalami kesukaran untuk membawa spacer ketika keluar rumah mahupun travel kerana saiznya yang agak besar serta tidak mempunyai bekas untuk memastikan ia tidak tercemar. 

“Dengan terciptanya produk ini, ia membolehkan pesakit menggunakan Tanaffas sebagai bantuan penggunaan ubat MDI dengan efikasi, mudah dibawa ke mana-mana dengan penyimpanan yang lebih baik selain ia juga tahan lasak serta mudah dicuci”, jelasnya lagi.

Menurut Dr. Zaireena lagi, terdapat banyak cabaran apabila memulakan produk inovasi terutama untuk bersaing dengan produk yang sedia ada. 

Antaranya adalah menyelesaikan ‘problem statement’ yang benar-benar signifikan dan memberi impak, menyempurnakan ‘product design and functionality’, peningkatan dari segi kos serta kepakaran. 

Walau bagaimanapun, untuk mencapai matlamat inovasi bukan dalam masa yang pendek atau singkat, ia memerlukan komitmen yang berterusan serta semangat motivasi yang tinggi yang merupakan cabaran yang terbesar.

“Justeru, kami amat berharap produk inovasi ini dapat diterima baik oleh masyarakat dan memberi manfaat kepada pengguna memandangkan produk ini menerima respons yang amat baik dalam kalangan pesakit asma atau paru-paru hipersensitif,” kata Dr Zaireen lagi.

Produk inovasi ini telah memenangi pingat Emas di Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2022. Ahli Penyelidik lain dianggotai oleh Prof Madya Dr Nazefah Abdul Hamid dan Dr Ifwat Mohd Ghazali. - KitaReporters/USIM


12
14
0
10
0

Copy Link: