KAJIAN terbaru dari New England mendapati virus COVID-19 dalam bentuk aerosol (partikel halus) yang boleh berada lama dan bergerak lebih jauh di udara sehingga empat jam, manakala pada kontak bukan manusia seperti kertas, plastik, kayu, logam dan kaca boleh bertahan sehingga lima hari. : KitaReporters

Foto oleh LA Public Health


Pada kotak, virus boleh bertahan sehingga 24 jam, tembaga sehingga empat jam dan aluminium pula sehingga lapan jam.

Kajian oleh Institut Kesihatan Nasional, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit UCLA dan Universiti Princeton itu mendapati virus COVID-19 lebih tahan lama hidup di udara dan pada permukaan berbanding virus SARS yang mengorbankan hampir 800 orang pada tahun 2002.

Virus dalam bentuk aerosal adalah seperti kabus, habuk, dan gas yang biasa digunakan dalam prosedur perubatan seperti pengudaraan dan nebulizer.

Prof Madya Dr Juliana Jalaludin 


Sehubungan itu, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Prof Madya Dr Juliana Jalaludin menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan penggunaan atau menyentuh kontak bukan manusia yang kini dikesan turut menjadi agen penularan wabak.

Katanya, kajian terkini terhadap kontak bukan manusia, yang sebelum ini telah terlepas pandang dengan memberi tumpuan kepada kontak manusia sahaja.

"Laporan media terkini menunjukkan sudah ada jangkitan melalui pengangkutan awam, sudah tentu mengandungi bahan berplastik yang tidak didesinfeksi.

"Aerosal adalah partikel halus kecil yang boleh berada lama di udara. Titisan semasa batuk dan bersin bukanlah aerosal tetapi 'droplet'  yang mudah jatuh disebabkan tarikan graviti dan tidak 'terbang' sejauh aerosal.

"Oleh kerana itu adalah hampir mustahil kita mengelakkan menyentuhnya, maka orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan

"Ramai tidak boleh mengelak menggunakan perkhimatan awam dan bersentuhan dengan barangan di atas.

"Sehubungan itu dicadangkan orang ramai supaya memakai sarung tangan getah pakai buang apabila keluar rumah terutama terpaksa menyentuh benda seperti dalam pengangkutan dan tempat awam.

Foto oleh Familu Carers Ireland


"Ini termasuk tangga, tandas, perhentian bas, teksi, sistem aliran transit (LRT) dan lain-lain. 

"Termasuk barang keperluan yang dibeli di bayar di kaunter seperti di pasar raya (tangan juruwang menyentuh banyak barang yang disentuh oleh ramai orang).

"Memakai baju sekali sahaja dan kemudian basuh dengan sabun, atau kerap membasuh dengan sabun. 

"Malah semua kontak berkenaan memerlukan ia dibersihkan dengan sabun atau bahan sanitasii.

"Sebenarnya sabun dan air lebih praktikal membersihkan kuman berbanding bahan sanitasi, jadi tidak perlu panik jika bahan sanitasi kehabisan stok di kedai, masih ada sabun sebagai pilihan pembunuh virus," kata Dr Juliana kepada KitaReporters.

Selain sabun, juga disyorkan pemakaian topeng muka dan bawa bahan sanitasi jika berada di luar rumah selain mengehadkan pergerakan bagi mengurangkan risiko jangkitan menerusi udara serta memutuskan rantaian penularan wabak. - KitaReporters



Kredit foto: Twitter Kementerian Kesihatan (https://twitter.com/KKMPutrajaya)

3
0
2
0
0

Copy Link: