Perkembangan dunia akuakultur sebagai sumber protein telah membawa kepada budaya penternakan ikan dan udang dengan lebih giat pada masa kini. Namun ramai antara kita yang berada dalam dunia akuakultur masih tiada cara bagi meningkatkan tumbesaran dan kadar hidup larva ikan dan udang.

Terkini, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mencipta makanan mikrodiet pertama di Malaysia bagi meningkatkan tumbesaran dan kadar hidup larva ikan dan udang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UPM



Penyelidikan terhadap makanan mikrodiet yang diberi nama FS Feed telah diketuai ketua penyelidik, Dr. Muhammad Fadhil Syukri dari Fakulti Pertanian UPM

Beliau berkata FS Feed dihasilkan daripada 100 peratus bahan organik bagi menggantikan makanan hidup seperti Rotifer dan Artemia untuk anak benih ikan serta udang.

Peningkatan permintaan Artemia di seluruh dunia menjadikan bekalan dan ketersediaannya terbatas di samping harga yang semakin meningkat setiap tahun.




“Disebabkan had dan kos makanan hidup ini maka FS Feed ini dapat dijadikan sebagai makanan alternatif yang menggantikan makanan hidup

"Selain itu, FS juga memberi hasil penternakan ikan yang lebih baik pada kos yang lebih rendah selain ia boleh dicerna dengan mudah dan diserap oleh larva ikan. 

“Terdapat pelbagai saiz FS Feed ini antara 125 hingga 500 mikrometer, di mana ia boleh diberikan kepada larva secara langsung tanpa memerlukan prakultur atau rawatan. Oleh itu, kadar pertumbuhan dan survival larva ikan dan udang mampu dikekalkan atau lebih baik dengan menggunakan FS Feed," katanya.

Beliau telah berkongsikan ciptaan rumusan makanan mikrodiet pada sidang media Putra Cipta di Putra Science Park

Tambahnya, ciptaan rumusan makanan mikrodiet ini turut memberi jaminan kepada keselamatan makanan hidupan akuakultur.



Menurut Dr. Muhammad Fadhil, minyak ikan adalah bahan utama untuk makanan mikro ini bagi menyokong pertumbuhan dan survival larva ikan dan udang

“FS Feed sangat sesuai digunakan oleh penternak dan pembiak larva ikan dan udang kerana dapat mengurangkan kos makanan apabila menggunakan produk tempatan dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai untuk penjagaan makanan

"Selain itu, teknologi FS Feed juga mampu menghasilkan pengeluaran sepanjang tahun dan dibekalkan terus kepada penternak,” jelas beliau. 

Bagi peternak ikan di luar sana, anda boleh mencuba inovasi terbaharu daripada FS Feed sebagai cara alternative lain agar larva ikan dan udang dapat ditingkatkan dengan melakukan pembelian secara dalam talian di portal www.thefsfeed.com, medium Facebook fishshrimpfeed atau berhubung pada talian 0139232116.

 FS Feed hasil kaji selidik UPM ini dijual dalam tiga pek (10g RM15, 20g RM25 dan 100g RM85). - KitaReporters


11
19
0
17
1

Copy Link: