PANDEMIK COVID-19 yang turut melanda Malaysia menyaksikan petugas barisan hadapan atau 'frontliner' berjuang habis-habisan bagi perangi penularan wabak. Sebalik pengorbanan itu, pelbagai pihak juga tampil berperanan dalam pelbagai sudut berikan suntikan semangat serta penghargaan kepada sang wira negara. : KitaReporters

Projek DIY hand sanitizer dihasilkan oleh SMK Pengkalan Berangan sebagai menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan. 


Tidak terkecuali guru-guru termasuk pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan (SMKPB), Marang, Terengganu, yang 'DIY' atau hasilkan sendiri alat penggunaan hand sanitizer menggunakan kaki buat 'frontliner' serta pihak-pihak berkepentingan.

Malah sehingga kini, projek yang bermula awal Mei 2020 lalu dengan diterajui sendiri Pengetua SMKPB, Kamarulzaman Ismail telah berjaya hasilkan lebih kurang 50 unit alat DIY tersebut dengan kos kira-kira RM50 seunit.

KAMARUZAMAN ISMAIL 



Menurut beliau, pada peringkat awalnya projek berkenaan sebagai satu bentuk terjemahan sokongan serta penghargaan pihak sekolah kepada pejuang barisan hadapan selain untuk kegunaan warga sekolah itu sendiri.

"Alat DIY hand sanitizer guna kaki daripada batang paip ini saya mula-mula dapat tahu dihasilkan sebuah kolej vokasional. 

"Tertarik dengan inovasi ini, saya cari maklumat dalam Internet, namun ketika itu tidak begitu banyak info yang membantu.

"Menjadikan hasil dari kolej itu sebagai model, saya dan beberapa guru dengan dibantu pengawal keselamatan sekolah mula mencipta sendiri. 

"Percubaan pertama atau 'eksperimen' sehari suntuk lakukan berjaya.


Hasil inovasi dilaksanakan SMK Pengkalan Berangan diserahkan kepada petugas barisan hadapan termasuk ke klinik kerajaan khususnya di daerah Marang. 


"Sehingga kini, hasil projek DIY kami jalankan ini telahpun diserahkan kepada kumpulan sasaran khususnya dalam daerah Marang seperti balai polis, klinik kesihatan, masjid termasuk ke pejabat daerah," katanya ketika dihubungi Mojo KitaReporters.

Tambah beliau, pihaknya bukan sahaja mendapat sokongan dari Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti sekolah berkenaan, tetapi juga sumbangan dana daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong bagi jayakan projek DIY itu.

Kamaruzaman Ismail (dua dari kiri) bersama Sulaiman Sulong (dua dari kanan) yang turut memberi sokongan dan sumbangan kewangan bagi menjayakan projek DIY dilaksanakan SMK Pengkalan Berangan. 


Katanya lagi, hasil DIY itu telah dan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah terpilih sebagai persediaan sebelum sekolah kembali dibuka agar dapat elakkan sentuhan tangan berulang pada penutup hand sinitizer khususnya dalam kalangan pelajar.

"Ada juga pihak-pihak yang berminat untuk membeli alat DIY hand sanitizer ini tetapi kita tidak jualnya kerana ia dihasilkan bukan untuk berniaga atau kaut untung. Kami tetap berpegang kepada matlamat asal.

"Sebaliknya kami berikan mereka tunjuk ajar, cara-cara untuk mereka hasilkan sendiri di tempat masing-masing. Sedikit-sebanyak ilmu yang ada ini kami kongsikan kepada yang berminat untuk dimanfaatkan.

"Setakat ini, ada beberapa pihak terutamanya guru sekolah telah datang dan mereka telah pun berjaya hasilkannya untuk kegunaan di sekolah itu.

"Pembuatannya tidaklah begitu sukar tetapi tidak boleh diambil mudah," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamarulzaman turut memaklumkan projek berkonsepkan DIY sedemikian bukanlah kali pertama dilakukan kerana sebelum ini SMKPB turut mencipta beberapa alatan atau barangan lain termasuk galah pemusnah sarang tebuan serta skrub daripada pasir pantai. - KitaReporters

Pihak SMK Pengkalan Berangan bersedia memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pihak khususnya pihak sekolah untuk hasilkan sendiri inovasi hand sanitizer guna kaki.  

70
8
8
5
2

Copy Link: