Video| Samalah! Lukisan wajah si pemakai pada pelitup muka!
Published byPELAKSANAAN pemakaian pelitup muka bukan hanya diwajibkan di Malaysia sahaja malah telah dikuatkuasakan di seluruh dunia dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19. Namun kadangkala pemakaian pelitup muka menjadikan si pemakai tidak mengenali antara satu sama lain disebabkan kelihatan sama kerana pelitup muka berwarna putih. Apakah kelainan yang boleh dilakukan?? : KitaReporters
JORGE RORIZ meneliti di bahagian wajah bagi menyerupai wajah sebenar pelanggan. - Kredit foto: REUTERS
Lagi kisah-kisah berkaitan pelitup muka:
https://kitareporters.com/search?search=pelitup+muka
Situasi itu dilihat sebagai peluang kepada seorang lelaki Brazil yang menggunakan kebolehan diri dengan menghasilkan pelitup muka yang menyerupai ciri fizikal wajahnya.
Wow hebatnya!
Lebih menggembirakan kebolehan yang dimiliki Jorge Roriz itu mampu menjana pendapatan kepadanya.
Memetik laporan thejakartapost.com, lelaki berusia 65 tahun itu sebelum ini merupakan seorang pereka yang menghasilkan pelbagai kostum menarik sempena karnival Rio de Jeneiro, Brazil.
HASIL air tangan sendiri menghasilkan pelitup muka menyerupai wajah sendiri.
Namun disebabkan penularan Covid-19 dia tidak dapat meneruskan kerja-kerja yang biasa dilakukan dengan menyediakan kostum-kostum berkenaan.
Dia tampil berani mencuba mencari kelainan dengan menghasilkan pelitup muka yang sama dengan wajah.
Wahh Bagus ideanya! Senanglah sikit dan cam seseorang walaupun memakai pelitup muka.
“Semua ini dibuat supaya kita saling mengenali antara satu sama lain dan tidak hilang identiti sendiri,” kongsinya.
Istimewanya Roriz akan melukis rupa paras pelanggan dipelitup muka yang berwarna putih bagi menyerupai muka pelanggan.
“Biasanya saya akan cuba menyamai lukisan di pelitup muka dengan wajah sebenar pelanggan," kongsinya lagi.
Malah dia akan memperincikan pada bahagian warna kulit dan bibir pelanggan bagi memastikan kelihatan sama dengan wajah pelanggan.
Pelitup muka itu akhirnya menjadi tular dan ramaipelanggan mula membuat tempahan.
Kongsi warga emas itu, dia menerima banyak tempahan daripada orang ramai yang gembira dengan kerja tangan yang dihasilkan dan menerima reaksi positif daripada pelanggan .
Keadaan itu menyebabkan ramai yang membuat tempahan pelitup muka berkenaan dengan Roriz.
Semoga Roriz terus berjaya dalam perniagaan baharu yangdiceburi. - KitaReporters