FENOMENA MAKCIK KIAH!! SIAPA MAKCIK KIAH?
Published bySIAPA Makcik Kiah? Ketika negara berdepan masalah pandemik penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19), namanya Makcik Kiah muncul secara tiba-tiba menjadi fenomena baharu yang menguasai media sosial. Malah, ciapan namanya menjadi trending tempat kedua di Twitter. Tidak terkecuali Facebook. : KitaReporters
Nama #makcikkiah trending tempat kedua dalam laman sosial Twitter.
Grafik disediakan oleh Fy Hamzah (https://www.facebook.com/fythullah)
Itu belum lagi mengambil-kira chit-chat pengguna WhatsApp yang menjadikannya sebagai bahan perbualan.
Apa lagi rakyat Malaysia boleh buat untuk menghabiskan masa bersama seisi keluarga di rumah?
Makcik Kiah juga digambarkan sebagai pengusaha pisang goreng. Suaminya pemandu e-hailing. Anaknya pula peminjam Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Seronoknya.... Kiraan bantuan Makcik Kiah dapat. - Kredit foto: Buletin TV3
Dia boleh menjadi sesiapa sahaja, khususnya mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM4, 000 serta layak menikmati pelbagai bentuk bantuan PRIHATIN.
Keluarganya mendapat penjimatan sewa PPR 6 bulan iaitu RM744.
Malah, tempiasnya turut terkena ke atas mereka yang bernama Zakiah, Rokiah, Che Kiah mahupun hanya digelar Kiah.
Suka nampaknya mereka yang bernama ‘Kiah’.
Rata-rata tersenyum puas hingga meletakkan status kegembiraan bukan sahaja disebabkan inisiatif diberikan tetapi populariti yang dinobatkan, dalam laman sosial masing-masing.
Usik mengusik dalam kalangan netizen mewarnakan lagi fenomena ini.
Tidak terkecuali, mewarnakan fenomena ini apabila tampil netizen yang mencari peluang mendekati Makcik Kiah. Ada ada yang mahu menjadi menantu juga anak angkat. Sesungguhnya rakyat Malaysia memang suka kepada situasi begini. - KitaReporters