Di mana ada pengunjung, di situ ada sampah! Di mana ada sampah, di situ ada Geng Plastik Ija!
Published bySukarelawan GPI sanggup berkorban tenaga turun ke pantai untuk mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung.
PEMBUKAAN semula sektor pelancongan domestik di Terengganu selepas negeri itu beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), menyebabkan kawasan pelancongan popular kembali dikunjungi ramai pelancong terutama pada hujung minggu.
Kehadiran ramai pengunjung ke pusat pelancongan terbabit terutama di pesisiran pantai, pulau dan air terjun menyebabkan kawasan yang menjadi tumpuan tersebut turut dilimpahi sampah sarap yang dibuang merata tempat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan kebersihan alam sekitar.
Lagi cerita-cerita menyampah berkaitan sampah sarap
Geng Plastik Ija (GPI) menyertai program Beach Plogging di Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu.kredit gambar: Facebook Geng Plastik Hijau.
Penduduk tempatan yang sudah lama terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mengambil peluang keemasan untuk melepaskan rasa bosan dengan mengunjungi pusat-pusat reakreasi di seluruh negeri itu.
Bagaimanapun, tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab dengan membuang
sampah sarap dan sisa-sisa makanan di merata tempat bukan sahaja mencacatkan
keindahan tempat beriadah, malah ia juga
menambahkan lagi masalah kesihatan orang ramai terutama dalam tempoh pandemic COVID-19
yang masih melanda negara.
Perbuatan mereka yang tidak mempeduli dengan kebersihan alam sekitar mendapat perhatian sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) yang terpaksa mengerahkan sukarelawan mereka turun padang melakukan kerja gotong royong membersih pusat-pusat rekreasi di negeri itu.
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu menjadi pilihan aktiviti mengutip sampah oleh sukarelawan GPI
Selepas seminggu pusat pelancongan negeri itu dibuka kepada penduduk tempatan, sukarelawan GPI mengadakan aktiviti pembersihan dengan mengutip sampah membabitkan 26 lokasi pilihan di seluruh negeri itu.
Pengerusi GPI, Zulkefli Sarji berkata, sempena World Cleanup Day (Hari Membersih Sedunia) 2021 pada 18 September 2021 pihaknya menggerakkan 144 peserta terdiri daripada sukarelawan GPI untuk turun padang bergerak di daerah masing-masing menjalankan aktiviti mengutip sampah yang ditinggalkan pengunjung terutama di kawasan pantai negeri itu.
Katanya, hasil gerak kerja tersebut pihaknya berjaya mengumpul
342 beg mengandungi bahan terbuang termasuk sampah seberat 1,165 kilogram yang diadakan serentak
di seluruh negeri itu.
Selain itu, dalam satu lagi aktiviti pihak GPI berjaya mengutip lebih 300 kilogram sampah yang dikutip di Pantai Batu Buruk sempena 'Beach Plogging Program' yang disertai 74 orang sukarelawan.
Ketua
Bahagian Geng Plastik Ija Kuala Terengganu, Dr. Mohd Arif Hafizi Fauzi berkata,
program bersama Primula Beach Hotel (PBH) itu telah berjaya mengumpulkan
sebanyak 80 beg plastik sampah yang dikutip sepanjang pantai Batu Buruk.
"Program berkenaan membabitkan ahli-ahli GPI Kerteh dah kakitangan PBH dengan seramai 20 orang dan selepas ini harap sangat selepas ini tiada lagi sampah di pantai ini," katanya.
Sementara itu Pengurus Besar PBH, Suaibah Harun melahirkan
penghargaan kepada GPI yang mengambil inisiatif untuk membersihkan pantai Batu
Buruk berada di belakang hotel tersebut.
"Buat pertama kalinya kami berkolaborasi dengan GPI dan ini amat patut dipuji memandangkan pantai ini adalah satu 'spot' pelancong ke Negeri Terengganu sudah tentu sentiasa bersih dan sedap mata memandang," katanya. - KitaReporters
Beg mengandungi sampah sarap dimasukkan ke dalam van untuk di hantar ke pusat pelupusan sampah