MESKIPUN Boardwalk Setiu Wetlands kini sunyi sepi akibat tiada pengunjung yang berkunjung ke kawasan itu berikutan wabak Covid-19 yang sedang melanda di negeri Terengganu sejak akhir-akhir ini, namun operasi disinfeksi atau nyahkuman sekitar boardwalk (pejalan kaki kayu) itu yang juga sebahagian daripada Taman Negeri Terengganu (TNT) tetap perlu dilakukan. : KitaReporters

TIGA anggota sedang melakukan Operasi Disinfeksi untuk membasmikan virus Covid-19 di atas jambatan Boardwalk Setiu Wetlands di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. - KREDIT FOTO: MDS


Lagi cerita-cerita berkaitan Setiu:

https://kitareporters.com/search?search=setiu


Operasi disinfeksi penting dalam usaha semasa pihak berkuasa dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pada 13 Oktober 2020 lalu, Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Daerah Setiu berkerjasama melakukan operasi tersebut di lokasi berkenaan yang terletak di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu iaitu kira-kira 90 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

PEMANDANGAN pintu masuk pengunjung di Boardwalk Setiu Wetlands


Ketua Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDS, Nurul Asmera Zamli berkata biarpun kawasan itu tidak lagi didatangi orang ramai ketika ini akibat Covid-19 di negeri itu.

Namun, katanya, operasi tersebut tetap dilakukan di Boardwalk Setiu Wetlands bagi memastikan kes Covid-19 itu tidak merebak ke  kawasan hutan paya bakau itu yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hari minggu yang datang ke lokasi itu untuk melihat keindahan alam semula jadi.

SEPULUH kakitangan dari MDS dan JBPM Daerah Setiu memulakan Operasi Disinfeksi di Boardwalk Setiu Wetlands. - Kredit foto: MDS


``Operasi ini melibatkan sekitar kawasan itu termasuk jambatan yang menjadi laluan utama pengunjung dan ia disertai 10 anggota dari MDS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu.

``Operasi nyahkuman itu adalah salah satu usaha kerajaan bagi menghapus serta mencegah Covid-19 merebak dan lagi pun kawasan Boardwalk itu terletak berhampiran dengan penduduk kampung walaupun setakat ini tiada kes lagi melibatkan penduduk di situ,'' katanya.

SEBAHAGIAN kakitangan yang sedang bertugas dalam Operasi Nyahkuman Covid-19. - Kredit foto: MDS


Nurul Asmera berkata, sejak kes Covid-19 berlaku di Terengganu, TNT telah mengarahkan Boardwalk Setiu Wetlands ditutup buat sementara waktu supaya orang ramai tidak berkunjung lagi di situ.

Dalam hal berkaitan, beliau turut menasihat orang ramai sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri serta mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan selain mereka juga dilarang berkunjung ke kawasan yang berisiko tinggi. - KitaReporters

1
0
1
0
0

Copy Link: