BAGI mengelak kerugian berpanjangan selepas kekurangan pengunjung berikutan kedatangan COVID-19 baru-baru ini, sebuah pusat pelancongan, Akuarium Carolina Utara (NC Aquarium) di Pine Knoll Shores yang terletak di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan menutup operasi. Namun menariknya ketika membuat persiapan sebelum menutup operasi pusat berkenaan, pekerja menemui sesuatu yang luar biasa ketika membersihkan kolam permintaan hajat (wishing pool) berkenaan. : KitaReporters

KAKITANGAN mengutip wang syiling yang dilemparkan oleh pengunjung ketika mengunjungi kolam hajat di Akuarium NC di Pine Knoll Shore, Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. - Kredit foto: FB NC Aquarium at Pine Knoll Shores


Lagi cerita-cerita berkaitan Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat


Kolam berkenaan yang selama ini tidak pernah dibersihkan selama 14 tahun.  Alamak!! Tak pernah basuh rupanya.

Tetapi, selepas dibersihkan oleh pekerjanya di pusat pelancongan itu, mereka menemui sejumlah besar wang syiling yang banyak di dasar kolam permintaan hajat.

SEORANG pekerja mengagihkan nilai wang yang ditemui di dasar kolam hajat berkenaan yang mengambil masa selama empat jam.


Malah, wang-wang syiling yang dikumpul itu mencecah berat sampai 400 kilogram. Wow banyaknya!

HASIL yang berjaya dikumpulkan selepas 14 tahun terkumpul di dasar kolam hajat di pusat pelancongan berkenaan.


Lebih mengujakan syiling tersebut selepas ditukarkan bernilai sejumlah AS$8,563 (RM35,765). Banyak tuh!!

Kolam berkenaan dilengkapi dengan air terjun buatan dengan ketinggian sembilan meter di dalam muzium di pusat pelancongan berkenaan sering menjadi tumpuan pengunjung untuk membuat sesuatu hajat.

WANG syiling dimasukkan ke dalam sembilan kotak besar sebelum dihantar ke bank.


Dalam proses menyiapkan operasi pembersihan tersebut, pekerja mereka mengambil masa selama empat jam untuk membersihkan dan membungkus kesemua wang syiling yang berada di dalam kolam berkenaan.

Ya la bukan sikit jumlah tu mestilah masa yang diperuntukkan pun lama kan…

Menariknya lagi, selepas semua selesai pekerja berkenaan terpaksa meletak wang syiling berkenaan di dalam sembilan kotak besar sebelum dihantar ke bank.

WANG SYILING  yang dikumpulkan selepas ditemukan di dasar kolam hajat.


Sekurang-kurangnya penemuan ‘hadiah’ tidak dijangka itu dapat membantu menampung kerugian pihak pengurusan pusat pelancongan berkenaan.

Jika belum menutup operasi siapa tahu di dasar kolam berkenaan mempunyai nilai wang sebanyak itu. Ternyata, setiap berlaku pasti ada sebab dan hikmah dan perkara itu terbukti di sini. KitaReporters

8
2
0
1
0

Copy Link: