SEORANG kanak-kanak di bandar Cebu, Filipina dikejutkan dengan kedatangan 42 penunggang Foodpanda ke rumah apabila dia membuat tempahan hidangan filet ayam bersama kentang goreng di kediaman baru-baru ini. Satu tempahan tapi dihantar oleh 42 penghantar? Apa kes? : KitaReporters 


BERBARIS penghantar makanan tiba serentak di rumah kanak-kanak yang tersalah membuat pesanan sebanyak 42 kali. -Kredit foto: Dann Kayne Suarez.


Lagi kisah-kisah berkaitan penghantar makanan:

https://kitareporters.com/search?search=penghantar+makanan


Kisah berkenaan menjadi tular dalam media sosial apabila kesemua penunggang Foodpanda itu kelihatan berbaris melalui jalan yang sempit di Barangay, Mabolo untuk menghantar pesanan berkenaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang membuat tempahan menerusi aplikasi Foodpanda.

Apabila pesanan itu tiba ke rumahnya, kanak-kanak berkenaan menjadi pelik kerana dia hanya membuat satu tempahan sahaja.

Rupanya ketika membuat pesanan berkenaan, sistem capaian Internet di rumahnya terlalu lemah menyebabkan tempahan yang dilakukan tersekat.

Malah tanpa sengaja dia telah menekan beberapa kali tempahan sehingga menyebabkan aplikasi berkenaan menerima 42 tempahan


BANYAKNYA tempahan yang tersalah dipesan gara-gara capaian Internet yang lemah di kawasan perumahan di  Ba

rangay, Filipina baru-baru ini.


Alamak cam ne nak buat nih?

Mengejutkan kanak-kanak yang tinggal bersama neneknya itu ketakutan kerana terpaksa membayar sejumlah RM672 untuk keseluruhan tempahan berkenaan kerana setiap bungkusan filet ayam mengandungi bersama nasi dan kentang goreng berkenaan berharga RM16 setiap satu.

Situasi berkenaan menyebabkan dia bertambah panik lalu menangis ketakutan.

Lebih mengejutkan lagi, kesemua 42 orang penunggang tiba serentak dan berbaris di hadapan pintu rumahnya, sedangkan Ibu bapanya hanya meninggalkan wang yang secukupnya untuk membayar harga satu set hidangan filet ayam.


KETAKUTAN kanak-kanak berkenaan selepas didatangi 42 penghantar makanan yang memaksa dia membayar kesemua tempahan berkenaan.


Namun kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana jiran telah menyelamatkan kanak-kanak itu dengan membeli set filet ayam itu untuk mereka sendiri dan membayar terus kepada penghantar makanan.

Nasib baik ada jiran-jiran yang baik dan sporting!

Semestinya kanak-kanak berkenaan trauma untuk membuat pesanan secara dalam talian untuk masa akan datang. Sabarlah dik! Lagipun bukan salah awak pun. KitaReporters

4
0
0
5
0

Copy Link: