Baru-baru ini, tular satu video yang berdurasi 0.27 saat memaparkan bahagian bumbung dewan makan melendut secara tiba-tiba kemudian runtuh. Kejadian dikatakan berlaku pada jam 4 petang di sebuah sekolah agama menengah di Sabak Bernam, Selangor. : KitaReporters


Kredit video: FB Kelab Info Malaysia


Mujur tiada pelajar ketika itu dan kalau tidak tentu berlaku kecederaan kepada mereka. 

Sangat membimbangkan jika kejadian seperti ini berulang lagi pada masa-masa depan.

Umum ingin mengetahui bagaimana sesebuah sekolah itu boleh diklasifikasikan sebagai selamat atau sebaliknya.

Punca:

Punca utama bangunan sekolah menjadi tidak selamat dan daif adalah disebabkan faktor usia bangunan.

 Kos baik pulih

Kos yang diperlukan untuk membaik pulih keseluruhan sekolah daif dianggarkan RM3 hingga RM4 bilion bagi tempoh tiga tahun

Kos naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif juga bergantung kepada faktor lokaliti dan keadaan muka bumi tapak projek, di samping mod pelaksanaan projek sama ada secara Sistem Bangunan Berindustri (IBS) ataupun konvensional.


Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyediakan Garis Panduan Infrastruktur Standard bagi menentukan kategori sekolah yang daif. 

Ia bermula pada tahun 2018, melalui sistem skala satu hingga tujuh.


Antara beberapa kes melibatkan kerosakan pada bangunan-bangunan sekolah seperti bumbung atau siling runtuh atau tercabut, lantai pecah atau runtuh dan sebagainya.

Kerosakan struktur bangunan-bangunan sekolah bukan sahaja disebabkan oleh faktor kualiti material tetapi jangka hayat bangunan yang sudah tamat tempoh jaminan.



Selain itu, KPM turut  menerima laporan beberapa kes bangunan sekolah mengalami kerosakan akibat bencana alam seperti dilanda ribut taufan, banjir, tanah runtuh dan kebakaran. - KitaReporters


Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/92341/EDISI/Selangor-KL/Bumbung-dewan-makan-sekolah-agama-runtuh

https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/isu-sekolah-daif-kpm-jkr-guna-sistem-skala-sebagai-garis-panduan-penilaian-infrastruktur-1.931313

https://www.malaysiakini.com/news/145226

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/506236/belanjawan-2020-cepat-baik-pulih-sekolah

https://skjerangaubest.blogspot.com/

https://www.sinarharian.com.my/article/42524/BERITA/Nasional/329-sekolah-institusi-pendidikan-rosak-KPM

2
0
0
0
1

Copy Link: