Othman Mat bersama pokok teh Australia yang ditanamnya.


Pesara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Othman Mat, 69, yang berasal dari Bukit Cabang, Perlis menghasilkan produk penjagaan kesihatan daripada tea tree atau pokok teh dari Australia untuk pelbagai jenis krim untuk rambut, produk wanita, pengemar sukan dan penjagaan kulit muka.

Tiga pokok teh Australia itu ditanam di kawasan rumahnya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan produk kesihatan:

https://kitareporters.com/search?search=produk+kesihatan


Othman Mat menunjukkan jenis-jenis krim yang dihasilkannya.


Katanya tea tree ini sering disebut sebagai pokok melaleuca yang merupakan jenis tanaman yang menghasilkan minyak pokok, minyak tea tree atau minyak melaleuca, yang memiliki kandungan antiseptik yang sangat tinggi sehingga sering digunakan untuk menyembuhkan luka

Sementara tea tree oil yang telah lama digunakan di Australia sejak lebih 100 tahun pula terbukti dapat mengawal virus dan juga bakteria

Hasil daripada kajian dan pengunaan tea tree ini maka produk-produk berjenama YuYu ini dihasilkan oleh Othman dengan beberapa adunan tambahan untuk penjagaan kulit, kesihatan dan perawatan muka juga.


YuYu Active Cream, krim untuk otot yang kejang.


YuYu Head & Hair Solution, krim penjagaan rambut.


YuYu Femina ialah krim untuk penjagaan dalaman wanita.


Antara produk YuYu yang mendapat permintaan yang tinggi ialah YuYu Active Cream yang dikhususkan kepada mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan atau mengalami masalah lenguh, kejang atau kebas.

Manakala YuYU Head & Hair Solution ialah krim rambut pula untuk mencegah kegatalan, antikelemumur dan mengelakkan rambut daripada berminyak, sementara krim YuYu Femina pula krim khusus untuk pengunaan wanita.

Produk yang dihasilkan ini bukan sahaja bagus untuk pengunaan tetapi kandungannya juga tidak perlu diragukan oleh orang-orang islam khususnya.


Beberapa remaja tertarik dengan krim untuk digunakan selepas bersukan.


Bagi mereka yang berminat dengan produk yang dihasilkannya itu boleh menghubungi talian 0174878198 untuk keterangan lanjut.

Ketika pandemik COVID-19 ini mungkin ramai yang mencari sumber pendapatan tambahan, oleh itu beliau mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi wakil penjualan produknya. - KitaReporters

10
2
0
0
0

Copy Link: