TIDAK lama dahulu pernah menjadi tular dalam media sosial apabila ada individu yang menjadikan bra atau coli sebagai penutup muka. Perkara itu dianggap lucu ketika itu, namun kini ia bukan laGi kelucuan apabila sebuah syarikat pembuat bra, Atsumi Fashion Co, Jepun bercadang untuk mempelbagaikan pengeluaran termasuk membuat penutup mulut daripada bahan-bahan membuat asal bra. : KitaReporters

Kredit foto: IG Atsumi Fashion



Atsumi Fashion Co, Jepun merancang untuk memberi tumpuan menghasilkan penutup mulut daripada bahan membuat bra yang sebenarnya.

Ini kerana topeng muka berkenaan menjadi keperluan mendadak di seluruh dunia ketika pandemik virus Covid-19 terus menular dengan mengancam kesihatan semua orang.

Hiroshi Hinata bersama seorang pekerja memperlihatkan penutup mulut yang diperbuat daripada bahan membuat bra. - Kredit foto: IG Atsumi Fashion

Ia juga sebagai memberi pilihan kepadajenis-jenis penutup mulut yang di pasaran sekarang.  

Penutup mulut yang dihasilkan oleh Atsumi Fashion akan menggunakan bahan lapisan kain pakaian dalam wanita.

Menurut Japan Times, Atsumi Fashion di Toyama, mulai menggunakan bahan bahagian daripada bra setelah seorang pekerja menyedari bahan itu turut digunakan dalam penutup mulut pakai buang.

Kredit foto: IG Atsumi Fashion

“Kami berharap, kami dapat membantu masyarakat kerana kekurangan penutup mulut terus berlanjut,” kata Hiroshi Hinata, pengurus jualan syarikat itu.

“Penutup mulut ini dapat mencegah virus menyebar kepada orang lain melalui batuk atau bersin,” katanya.

Kredit foto: IG Atsumi Fashion

Pada peringkat awal, Atsumi Fashion membuat 100,000 penutup mulut dan mengedarkannya secara percuma kepada jabatan perubatan dan pendidikan termasuk pekerja barisan hadapan (frontiner).

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap penutup mulut itu, Atsumi Fashion mengambil keputusan untuk mempelbagaikan bidang perbuatan. 

Selain terus membuat pelbagai jenis bra, syarikat itu kini turut memberi tumpuan menghasilkan penutup-penutup mulut yang diperbuat daripada bahan asas bra yang sebenar.

Kredit foto; IG Atsumi Fashion

Beberapa syarikat di Jepun turut mengubah bidang perniagaan kepada membuat topeng muka kerana permintaan yang tinggi. terhadap kelengkapan kesihatan tersebut.

Tidak lama dahulu sebuah syarikat elektronik gergasi, Sharp Corp mengumumkan akan turut mengeluarkan penutup mulut.

Sebelumnya, sebuah syarikat  pembuat chip di Daerah Kanagawa juga menggunakan kelengkapannya untuk membuat penutup mulut.

Kredit foto: IG Atsumi Fashion

Meskipun dianggap lucu oleh sesetengah pihak, tetapi penggunaan bra sebagai penutup muka adalah idea yang kreatif!

Atas sebab itu, penutup wajah bra ini benar-benar dihasilkan oleh sebuah syarikat di Jepun yang mengkhususkan pembuatan pakaian dalam.

Lapisan kain daripada bra digunakan apabila mendapati ia adalah bahan sama digunakan untuk membuat penutup mulut.

Pekerja menyiapkan penutup mulut coli bagi memenuhi permintaan. - Kredit foto: IG Atsumi Fashion

"Penggunaan material ini diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan lebih luas kerana ketika ini penutup wajah cukup terhad," kata  Hiroshi Hinata. - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: