Pasar Khas Aidilfitri Agro Selangor tawar harga istimewa! 19 lokasi dari 9 Mei hingga 12 Mei!
Published byInfo grafik jadual mengenai tarikh dan tempat Pasar Khas Aidilfitri anjuran Pasar Agro Selangor diadakan di seluruh Selangor selama tiga hari iaitu 9, 11 dan 12 Mei 2021. - Kredit foto: FB Pasar Agro Selangor.
PELBAGAI barangan segar dari ladang termasuk ayam dan daging lembu ditawarkan dengan harga istimewa bagi kemudahan orang ramai membuat persediaan menyambut Aidilfitri boleh diperolehi di 19 lokasi terpilih Pasar Khas Aidilfitri Agro Selangor di seluruh negeri bermula Ahad, 9 Mei 2021.
Beberapa promosi harga terendah menarik ditawarkan kali ini melalui program subsidi kerajaan negeri bagi membolehkan orang ramai mampu membeli barangan berkenaan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa sekarang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan FAMA
"Antaranya ayam ditawarkan pada harga kurang RM3 seekor, daging kurang RM5 sekilogram, santan segar kurang RM2 sekilogram selain sayur-sayuran dijual pada harga istimewa," menurut laman sosial FB Pasar Agro Selangor pada Khamis 6 Mei 2021.
Juga pada Pasar Khas Aidilfitri Agro Selangor tahun ini turut diadakan promosi produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), buah-buahan, kuih raya, berbagai jenis kerepek, produk sejuk beku dan berbagai barangan untuk kegunaan menjelang raya.
Poster mengenai pelbagai barangan yang ditawarkan dijual di Pasar Khas Aidilfitri di Kilang Kopi, Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor pada 11 Mei 2021, sebagai persediaan menjelang hari raya.
Antara lokasi terpilih Pasar Praaidilfitri untuk Ahad 9 Mei 2021 ialah di Pasar Tani Kota Damansara, Petaling; Pasat Tani Putra Height, Subang Jaya; Pasat Tani Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang; Pasar Tani Dataran Puchong Permai; Pasar Tani Taman Kosas; dan Pasar Tani Stadium (1) Shah Alam.
Untuk Selasa 11 Mei 2021, lokasi terpilih ialah di Pasar Tani Taman Melawati; Pasar Tani Saujana Utama, Sungai Buloh; Pasar Tani Bandar Kinrara 5, Puchong; Pasar Tani Batu 17, Rawang; serta Bazar Ramadan di Tanah Lesen, Parit Baru, Taman Chempaka, Pandan dan Pusat Operasi FAMA Dengkil.
Manakala Pasar Khas Aidilfitri pada Rabu 12 Mei 2021, lokasinya ialah di Pusat Operasi FAMA Dengkil; Pasar Tani Seksyen 17 Shah Alam; Pasar Tani Andalas; Pasar Tani Taman Seraya, Ampang; dan Pasar Tani Dataran Puchong Permai.
Pasar Khas Aidilfitri anjuran Agro Selangor ini bermula antara jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Bagaimanapun ada yang beroperasi antara jam 4.00 petang hingga 10.00 malam mengikut lokasi tertentu.
Di Tapak Pasar Tani Kota Damansara akan beroperasi Pasar Khas Aidilfitri anjuran Pasar Agro Selangor bagi memudahkan orang ramai mencari bahan persediaan hari raya.
Sementara itu, Pasar Agro Selangor akan mengadakan Pasar Khas Aidilfitri di Kilang Kopi Jalan Pulai, Kanchong Darat, Banting. Kuala Langat antara jam 7.30 pagi hingga 12..30 tengah hari pada Selasa 11 Mei 2021.
Berbagai barangan keperluan persediaan hari raya termasuk sarung ketupat, kerepek dan kuih raya ada dijual untuk kemudahan orang ramai, khususnya di daerah Kuala Langat.
Selain itu pelbagai barangan segar seperti ayam, daging lembu, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh didapati dengan harga berpatutan di bawah harga pasaran.
Dalam pada itu orang ramai diingatkan oleh pihak Agro Selangor supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini di enam daerah ditetapkan.
Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan, pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan buat imbasan guna Mysejahtera atau catat maklumat pada buku senarai kehadiran.
Maklumat lanjut mengenai Pasar Khas Aidilfitri 2021 Agro Selangor bolah diikuti melalui FB agnesi berkenaan. - KitaReporters
Orang ramai disekitar kawasan Ampang boleh memperolehi berbagai bahan keperluan hari raya di Pasar Khas Aidilfitri yang diadakan di Pasar Tani Taman Seraya, Ampang.