PIK membantu orang awam yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera. - Kredit Foto mysejahtera.malaysia.gov.my


DALAM usaha membantu orang awam termasuk warga emas yang berdepan kesukaran mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 , Pusat Internet Komuniti (PIK) kini dimobilisasikan sebagai pusat bantuan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan media pada Khamis 1 April 2021 memaklumkan kakitangan PIK kini bertugas sepenuh masa di pusat berkenaan.

Terdapat  paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.

“Usaha ini juga diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19," menurut kenyataan itu.

Bagi orang ramai yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera, mereka boleh manfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK oleh MCMC untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak PIK anda yang berdekatan. - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: