Berita Terkini| PKP 2 minggu mulai 1 Mei di 5 daerah Kedah! Sekat penularan jangkitan Covid-19!
Published byPELAKSANAAN itu juga bertujuan menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan di Kedah semakin meningkat. - Kredit Foto Astro Awani.
LIMA daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula Sabtu, 1 Mei hingga 14 Mei 2021.
Menteri
Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu
adalah nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
berikutan trend peningkatan kes positif Covid-19 di daerah-daerah terbabit.
“Sebanyak
709 kes aktif direkodkan di semua daerah berkenaan dan penularan jangkitan
membabitkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim,
daerah atau zon.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah itu berkuat kuasa 1 Mei hingga 14 Mei 2021,”katanya yang dipetik oleh Sinar Harian pada Jumaat, 30 April 2021.
Katanya
lagi, pelaksanaan itu juga bertujuan menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari
kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan, kapasiti
kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu adalah nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).