NAMPAKNYA masih berpanjangan perdebatan mengenai pantang-larang ketika berpantang antara Dr Amalina Che Bakri dan netizen. Namun tabik buat Dr Amalina kerana tidak pernah putus asa untuk terus berjuang membuka minda masyarakat agar tidak mudah percaya pada amalan-amalan yang tidak masuk akal. : KitaReporters


Makin banyak informasi berguna yang diberi, makin ramai pula netizen yang ‘berhati keras’ menentang nasihat Dr Amalina sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya sebagai orang Islam.

Terbaharu, Dr Amalina berasa kecewa dan kesal dengan seorang netizen yang tiba-tiba mengaitkan isu tersebut dengan ibunya.

Mungkin dek kerana terlalu marah dengan nasihat-nasihat yang diberikan, netizen tersebut memetik nama ibu Dr Amalina dan seterusnya menyamakan ibunya dengan Yahudi.

“Apa yang mak kamu amalkan ketika melahirkan kamu? Terus ikut tradisional atau Yahudi?

Komen biadab netizen yang menyamakan ibu Dr Amalina dengan Yahudi.


Kenyataan tersebut benar-benar menggores hati dan perasaan Dr Amalina apabila nama ibunya dipetik.

Namun, Dr Amalina tidak mudah melatah sebaliknya menjawab dengan berhemah.

“Terima kasih mak cik kerana Yahudikan saya. Ibu saya tidak ikut pun pantang tradisional. Beliau makan makanan yang sihat, minum banyak air, makan sayur dan buah. Beliau ikut saranan doktor. Buat senaman kegel dan senaman lain apabila dibenarkan doktor.

“Ibu saya dulu pelajar terbaik masa di sekolah. Sekarang baru sahaja bersara daripada jadi pengetua sekolah menengah. 

"Alhamdulillah, kerana didikan ibu, saya suka mengamalkan cara hidup sihat sampai sekarang. Tidak pernah ditakutkan-takutkan dengan petua yang tidak munasabah.

“Alhamdulillah beliau sihat sampai sekarang. Beliau belajar ilmu sains dan biologi di sekolah, jadi beliau faham fisiologi manusia. 

"Sebab itu beliau menggalakkan saya untuk jadi doktor. Beliau juga tidak akan memaksa orang lain mengikut cara tradisional. Terima kasih,” tulis Dr Amalina.

Dr Amalina menjelaskan ibunya tidak berpantang secara tradisional tetapi mengamalkan pemakanan sihat.


Sementara itu, netizen yang berpihak kepada Dr Amalina berang dengan tindakan individu yang menyamakan ibu Dr Amalina dengan Yahudi.

Mereka menganggap ia melampau apatah lagi memetik nama ibu Dr Amalina yang tiada kaitan dengan perdebatan tersebut. - KitaReporters

DR. AMALINA bersama bonda tercinta, Sabariah Hassan ketika menyambut Aidilfitiri di London, tahun 2019. - Kredit foto: IG dramalinabakri

1
0
2
0
0

Copy Link: