Terima kasih sis! Kongsi ilmu teknologi makanan! Jagung rupanya sejenis rumput! Bukan sayur atau buah!

Published by
KitaReporters


Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Pepatah ini bermaksud semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri (tidak sombong dan kedekut ilmu).

Pernah tak anda jumpa orang yang penuh ilmu di dada tetapi tidak pernah kedekut berkongsi dengan orang ramai? 

Orang seperti inilah yang layak disanjung dan dijadikan ikutan. Tak susahpun nak berkongsi ilmu dalam zaman serba moden ini. Medium paling berkesan, sudah tentulah media sosial.



Tidak akan berkurangan ilmu seseorang jika dia berkongsi dengan orang lain malah makin bertambah. Ia sama konsep dengan sedekah. 

Justeru, penulis sangat terkesan dengan seorang pengguna TikTok yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk dikogsi bersama-sama.

Tindakannya itu banyak memberi manfaat kepada orang ramai terutama pengguna media sosial. Dia yang dikenali sebagai Faten Aqeela merupakan seorang pencipta kandungan teknologi makanan (food tech content creator). 

Berbeza dengan pencipta kandungan makanan (food content creator) yang tertumpu kepada perkongsian resipi, Faten pula lebih kepada teknologi produk atau makanan.



Ilmu-ilmu berkaitan teknologi produk dan makanan mendapat perhatian para netizen kerana ia berkaitan dengan kehidupan seharian. 

Paling mendapat perhatian ialah perkongsiannya tentang cara penyimpanan telur yang mendapat sebanyak  833.9k tontonan. Dalam perkongsian tersebut, Fateen berkongsi cara penyimpanan telur yang betul agar tidak mendatangkan kemudaratan.

Manakala perkongsian kedua yang mendapat jumlah tontonan tinggi ialah fakta mengenai baby carrot atau lobak merah kecil. 

Menurut Faten, baby carrot sebenarnya berasal daripada lobak merah yang bersaiz normal. Namun, ia telah diproses menjadi lebih kecil. Perkongsian tersebut mendapat sebanyak 719.9k tontonan. 



Manakala perkongsian terbaharunya (17 November 2024) adalah mengenai jagung. 

Mungkin ramai yang tidak tahu dan menganggap jagung adalah sejenis sayur atau buah namun kedua-dua jawapan ini tidak betul. 

Jagung sebenarnya tergolong dalam golongan rumput. Ia sama seperti gandum, barli dan padi. Terkejut bukan? Namun inilah ilmu yang cuba disampaikan oleh Faten melaui media sosial.



Perkongsian ini betul-betul mengejutkan para netizen. Ada juga yang berseloroh rupa-rupanya selama ini mereka makan rumput. 

Banyak lagi perkongsian mengenai fakta teknologi produk dan makanan dikongsikan oleh Faten yang menarik. Nak tahu lebih banyak, layari sahaja akaun TikTok miliknya. Tak susah bukan? - KitaReporters


10
16
0
21
0

Copy Link: