Kalau ilmu panjang sejengkal, jangan berani bermain di hutan. Jangan nak samakan dengan orang dahulu kerana hutan adalah tempat mainan dan lubuk rezeki mereka. Orang dahulu, mereka penuh dengan ilmu hutan berbanding orang sekarang.

Justeru, ilmu dan pengalaman yang ada, maka wujudlah pelbagai petua dan pesanan ketika berada di dalam hutan belantara. Namun, petua dan pantang larang yang ditinggalkan oleh orang dahulu kini hanya tinggal sebagai kenangan dan khazanah.



Hutan belantara bukan sahaja dihuni oleh haiwan buas tetapi juga makhluk-makhluk Allah SWT yang lain. Justeru, andai kita memasuki tempat mereka, jagalah adab dan perbuatan.

Kalau mahu masuk ke hutan, sekurang-kurangnya kita kena tahu serba sedikit tentang ilmu hutan agar tidak berdepan masalah. Perkongsian ilmu hutan oleh seorang pengguna TikTok bernama Tuan Tanah sangat bermanfaat untuk yang suka berkhemah atau masuk ke hutan.



Antara petua dan ilmu menarik yang dikongsi ialah mengenai cara membuang air kecil (kencing) sekiranya berada di dalam hutan.

“Ini adalah satu disiplin untuk membuang air kecil dan besar di dalam hutan. Semoga bermanfaat,” tulisnya. 

Dalam perkongsian tersebut, ada pelbagai larangan dan cara betul untuk kencing. 

Pertama, jangan kencing di tepi sungai atau sumber air. Manakala kedua jangan kencing di dalam sungai (ketika anda berendam).

Ketiga, kencing di batu-batu dan bukannya terus di air atau buat lubang di tanah kemudian buanglah di situ. Jangan lupa kambus kembali setelah membuang hajat.

Keempat, jangan kencing di perdu pokok dan lubang terutamanya yang ada binatang atau di laluan semut.


Jangan kencing di perdu pokok.


Rata-rata pengikut TikTok Tuan Tanah berterima kasih kerana berkongsi ilmu hutan. Ilmu berguna ini boleh diguna ketika anda berkhemah, mandi air terjun dan jungle tracking.

“Suka sangat ilmu hutan macam ini. Terima kasih tuan,” tulis salah seorang netizen.




Pada permulaan video, Tuan Tanah seperti menyeru atuk nenek meminta izin membuang air kecil. 

Namun tegasnya, ia adalah contoh yang tidak patut kita lakukan sebagai orang Islam. Ia adalah perkara syirik. Cukup membaca doa masuk tandas sahaja.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama. Benar, nampak mudah tapi ramai yang salah buat. 

Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan kelestarian hutan. Hutan adalah khazanah negara! - KitaReporters


6
9
0
18
0

Copy Link: