TAKKAN basuh sayur guna sabun. Tak bahaya ke? Silap hari bulan nanti sakit perut kerana dalam sabun ada bahan kimia yang akan menyerap ke dalam sayur atau buah-buahan meskipun sudah dibilas dengan air sehingga bersih. Hati-hati... kita diminta duduk di rumah, bukan duduk di hospital. : KitaReporters

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Che Azawimie Che Zahari berkongsi cara membasuh sayur-sayuran menggunakan sabun.

Walaupun perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi termasuk kecaman, namun ia mendapat lebih 13,000 perkongsian setakat ini.

Menurut Che Azawimie, sabun jenama Sunlight yang digunakan tidak berbahaya kerana ia dibuat khusus untuk membasuh sayur-sayuran.

“Basuh-basuh, baru segar. Tiba-Tiba ada orang private message dan WhatsApp abam, kenapa basuh sayur pakai sabun? Tak bahaya ke? Tak bau sabun ke? Selamat ke?

“Hahahaha, abam mampu gelak ajelah. Nak bagi tahu ni, sabun ni memang sudah lama kat pasaran. Cuma endah tak endah je.

“Abam pakai sabun memang khas untuk sayurlah. Bukan sabun basuh pinggan yang biasa tu. 

"Sabun ni memang boleh buat basuh sayur untuk buang racun-racun. Lagi segar sayur tu. Tak percaya cubalah buat. Jangan pula salah ambil sabun. Nanti berbuih mulut tu,” tulisnya.
Menyedari produknya menjadi bualan hangat, Sunlight turut meninggalkan mesej dalam ruangan komen menjelaskan sabunnya itu memang sesuai digunakan untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran.


Jadi, sesiapa yang sebelum ini was-was atau takut keracunan makanan kerana mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan dengan sabun, kini anda tidak perlu takut lagi.

Maklumlah, virus Covid-19 ini mampu bertahan pada permukaan sesuatu tempat berhari-hari.

Namun beringat juga: "Kena bilas dengan air bersih sehingga tiada sabun tertinggal." - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: