17 kes baharu COVID-19! Wajarkah Kelantan diletak bawah PKPB?
Published byPELBAGAI pandangan dan pendapat disuarakan oleh penduduk Negeri Kelantan jika ada kemungkinan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut. Ketika ini penduduk Kelantan bersama Pahang dan Perlis masih terkecuali daripada pelaksanaan PKPB berbanding negeri lain yang dikenakan perintah berkenaan. : KitaReporters
Kes COVID-19 mengikut negeri yang direkodkan pada 19 November 2020
Lagi kisah-kisah berkaitan Kelantan:
https://kitareporters.com/search?search=kelantan
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Izani Husin memberi bayangan bahawa negeri itu berkemungkinan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Izani Husin
Susulan itu, penduduk Kelantan khususnya dalam kalangan netizen yang memberi maklum balas menzahirkan persetujuan jika kerajaan melaksanakan PKPB dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19 merebak di negeri tersebut.
Dr Izani memberi bayangan itu dalam catatan menerusi kemas kini status dalam laman Facebook peribadinya pada 19 November 2020.
Status yang dicatatkan oleh Dr Izani Husin dalam akaun Facebook miliknya
“Kalu kito buat PKPB seluruh Kelantan lagu mano? Setuju ko? (Kalau kita laksanakan PKPB seluruh Kelantan macam mana? Setuju ke?),” katanya Izani.
Kehendak netizen yang ingin pelaksanaan PKPB di negeri tersebut ada kewajarannya berikutan pada 19 November 2020, Kelantan mencatatkan 17 kes baharu.
Kes positif COVID-19 Kelantan mencatatkan 17 kes pada 19 November 2020
Bagaimanapun, ramai juga yang berpendapat bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan PKPB di Kelantan kerana ia akan membantutkan ekonomi dan pergerakan masyarakat di negeri itu.
Berdasarkan rekod, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan
PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan
Kelantan bermula 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020. - KitaReporters