Berita Terkini| Semua sekolah di Kelantan tidak ditutup! Walaupun dilaksana PKP! Patuhi SOP!
Published bySEMUA sekolah yang berada di bawah kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di Kelantan tidak akan ditutup.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon,
berkata pihaknya percaya operasi sekolah tidak akan menghadapi masalah, jika
semua pihak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kalau semua pihak mengamal dan melaksanakan serta mengikuti SOP yang sudah kita tetapkan secara sebaik-baiknya, saya percaya
pengoperasian sekolah tidak akan menghadapi masalah yang terlampau besar, kerajaan
sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan pelajar.
"Kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Adham Baba sebelum ini cukup jelas menyatakan cara SOP perihal pengoperasian
sekolah," Katanya di Ipoh, pada Sabtu 17 April 2021.
Terdahulu beliau menghadiri majlis menyerahkan
sumbangan untuk lukisan karya Master Cheng Shaoru's di Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy.
Dr Hang Soon berkata, penutupan kembali sekolah selepas
hampir setahun tidak beroperasi boleh mengakibatkan pembelajaran terjejas.
"Pada waktu yang sama, perlu juga kita fahami bahawa pembelajaran untuk anak-anak murid kita juga sangat penting. Tidak ada seorangpun yang dapat meramalkan bila wabak pandemik Covid-19 ini akan berakhir.
"Jadi, kalau kita tidak memberikan perhatian yang
secukupnya dari segi pembelajaran, anak-anak murid akan terkesan. Itu pun akan
jadi satu masalah yang cukup besar," katanya.
Dalam pada itu Dr Hang Soon berkata, perlu ada mekanisme
untuk mencari keseimbangan dari segi semua aspek berkenaan.
Dari segi pembelajaran bahasa mungkinlah kita masih
boleh lagi 'catch-up' tetapi pada subjek tertentu dari segi Matematik dan Sains
dan sebagainya, jika ada topik yang mereka tidak belajar, mereka tidak dapat
meneruskan pembelajaran topik seterusnya yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata, kes yang terjadi di sekolah sebenarnya jangkitan dari luar dan dibawa oleh sama ada murid atau guru.
"Dari segi risiko, sebaran atau merebaknya risiko jangkitan anak murid di sekolah di antara murid sebenarnya tidak tinggi dibandingkan mereka pergi ke bazar, pasar raya dan sebagainya," katanya lagi.
Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan menutup sekolah di Kelantan susulan tujuh daerah dikenakan PKP, sehingga 29 April 2021 ini. - KitaReporter
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter