PEMBELIAN melalui dalam talian kini sudah menjadi perkara biasa, tidak perlu bersesak lagi selain menjimatkan masa dan tenaga. Namun di sebalik keselesaan tersebut wujud juga kekurangan. 

Terbaharu, tular dalam media sosial seorang peniaga butik eksklusif dalam talian yang berdepan kerugian berganda apabila berdepan kehilangan barang yang dijual selain terpaksa membayar pampasan kepada pembelinya


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan beg tangan



Kejadian menyeramkan tersebut berlaku kepada butik Vintage Sac MY yang mendakwa barangan tempahan pelanggan yang berbentuk Louis Vuitton Locky BB Parcel in Blue Jean telah dibawa lari oleh pemandu penghantaran Lalamove.

Situasi tersebut menyebabkan pihak butik terpaksa menanggung kerugian sehingga RM6,500

Lebih mengharukan, peniaga tersebut pula terpaksa membayar semula wang yang dibayar pembeli berkenaan sebagai bayaran pampasan.

Kejadian yang berlaku 26 Mac 2022 bermula apabila peniaga terbabit menggunakan perkhidmatan Lalamove untuk menghantar beg eksklusif berkenaan kepada pembeli yang terletak di Damansara Perdana.

Malah, kata peniaga berkenaan, jarak antara butiknya yang terletak di Tropica Avenue dengan pelanggan tidaklah terlalu jauh hanya 11kilometer sahaja. Malah kos penghantaran pula hanya bernilai RM11.



Bagaimanapun, butik tersebut mendakwa barang tempahan itu tidak sampai kepada pelanggan mereka.

"Lebih merisaukan, pemandu itu langsung tidak membalas pesanan atau ketika dihubungi selepas itu," kongsi pemilik butik berkenaan yang dikenali Jess.

Kongsi Jess pihaknya sebelum pernah berdepan kelewatan penghantaran namun masalah selesai dalam tempoh yang singkat.

"Kami pernah berdepan keadaan seperti penghantaran tertunda dan sebagainya, tetapi kali ini memang berbeza,” katanya.

Tidak puas hati dengan kejadian berlaku, pemilik butik berkenaan membuat aduan rasmi kepada pihak Lalamove bagi mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada barangan mereka.

Namun sangat mengecewakan apabila emel balas yang diberikan oleh Lalamove didakwa tidak masuk akal dan bersikap seperti mahu lepas tangan.

Disebabkan kejadian itu, pemilik butik berkenaan terpaksa membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM6,500 kepada pembeli.




Aduhai… dahlah barang jualan hilang kena bayar pampasan pulak!

Menurut pemilik butik berkenaan, dia sangat kecewa dengan penjelasan pihak Lalamove yang dianggap seolah-olah tidak bertanggungjawab dalam insiden itu.

Pihak Lalamove memaklumkan, peniaga boleh menuntut ganti rugi atas kehilangan barang sekiranya mengambil insurans perlindungan.

Bagaimanapun selepas beberapa hari, pihak Lalamove membuat bayaran pampasan kepada pemilik butik sebanyak RM400 sebagai ganti namun, jumlah itu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah kerugian yang perlu ditanggungnya. - KitaReporters


 

12
11
0
8
0

Copy Link: