COVID-19: THAILAND ISYTIHAR DARURAT 30 HARI

Published by
KitaReporters
THAILAND berduka, sekali gus akan mengisytiharkan darurat selama 30 hari berkuat kuasa pada Khamis, 26 Mac 2020 selepas wabak penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) merekodkan sebanyak 827 kes dengan empat kematian setakat ini. : Kitareporters


Pengumuman tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-o-cha.

Menurutnya yang dilaporkan ABC News, perlaksanaan perintah tersebut sebagai langkah menangani penularan wabak COVID-19 di negara itu.

"Kami berharap pengumuman itu tidak menjejaskan kehidupan harian rakyat dan langkah ini perlu bagi menghalang penularan wabak itu. 

“Kesihatan awam adalah keutamaan kerajaan," katanya dalam satu sidang media pada Selasa, 24 Mac 2020.

Dalam pada itu, Prayuth turut memberi jaminan bahawa semua langkah akan diambil secara berperingkat-peringkat.

"Kekal di mana anda berada dan jangan pulang ke wilayah tempat tinggal anda.

“Kerajaan akan mengetatkan pemeriksaan di pintu masuk bagi menghalang penduduk tempatan kembali ke kampung halaman," katanya.

Tiada lagi istilah balik kampung selama 30 hari. - Kredit foto: Bangkok Post


Katanya lagi, yang juga Menteri Pertahanan, perintah itu telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menjalankan perintah berkurung, mengawal media, menyuraikan himpunan serta menggunakan angkatan tentera untuk sebarang penguatkuasaan.

“Namun begitu, dinasihatkan orang awam agar bertenang dan tidak panik serta mengikut amaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Thailand, melaporkan tambahan 106 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan 827 kes dengan empat kematian, manakala tiga dari kematian tersebut dilaporkan berlaku pada 24 Mac 2020. - KitaReporters


0
2
2
0
0

Copy Link: