Berita Terkini| Kerja pemulihan LRT laluan Kelana Jaya diteruskan! Operasi sepenuh masa, 3 syif!
Published byKERJA-kerja pemulihan dilakukan sepenuh masa melibatkan pelbagai jabatan termasuk kejuruteraan dan teknikal. Kredit Foto prasarana.
OPERASI mengeluarkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terlibat dalam kemalangan berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin malam, 24 Mei 2021 lalu diteruskan.
Prasarana dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja
pemulihan itu dilakukan sepenuh masa dengan operasi tiga syif oleh kakitangan
daripada pelbagai jabatan termasuk kejuruteraan dan teknikal.
“Kerja-kerja pemulihan berjalan lancar dan dijangka
akan selesai dalam masa tiga hari seperti yang telah diumumkan oleh Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
“Sejurus selepas kerja-kerja menyelamat dan
mengeluarkan mangsa pada malam berkenaan, pasukan pemulihan memulakan kerja
mereka serta merta dengan membuat penilaian terhadap kerosakan dan diikuti
dengan kerja-kerja awalan sebelum memulakan kerja-kerja pemulihan,” menurut
satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana pada Rabu, 26 Mei 2021.
Bahagian paling mencabar adalah untuk memisahkan gerabak-gerabak untuk kedua-dua tren dan menaikkan enam gerabak yang tergelincir kembali ke atas landasan.
“Sehingga malam tadi, lima daripada enam gerabak berkenaan
sudah berjaya dinaikkan. Kerja-kerja hari ini tertumpu kepada gerabak terakhir;
dan kerja-kerja berkaitan dengan proses mengeluarkan tren, yang kemudiannya
akan dibawa ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang,” tambah kenyataan berkenaan.
Jelasnya, kerja-kerja hari ini tertumpu kepada gerabak
terakhir dan berkaitan dengan proses mengeluarkan tren, yang kemudiannya akan
dibawa ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang . - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
SEMUA kakitangan prasarana yang terlibat dengan kerja-kerja pemulihan berkumpul sebelum memulakan operasi .