Daun kapal terbang tak boleh dimakan! Sebabkan kanser hati!
Published byRAMAI yang percaya daun kapal terbang atau nama saintifiknya Chromolaena Odorata Syn Eupatorium Odoratum boleh merawat penyakit kencing manis atau diabetes. Malah, ramai yang berkongsi khasiat daun tersebut dalam media sosial sedangkan ia sebenarnya mengandungi pyrolizidine alkaloid yang merupakan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser hati! : KitaReporters
Dr Che Puteh Osman merupakan ahli kimia terutamanya berkaitan tumbuh-tumbuhan.
Lagi cerita-cerita berkaitan petua:
https://kitareporters.com/search?search=petua
Pendedahan oleh seorang ahli kimia bernama Dr. Che Puteh Osman diharap dapat membuka mata semua orang berkenaan bahayanya daun kapal terbang sekiranya dimakan.
Menurut Dr Che Puteh dalam media sosialnya, dia tampil memberi kenyataan setelah diberitahu oleh seorang rakannya dalam Facebook mengenai hantaran berkenaan petua kononnya rendaman daun kapal terbang mampu merawat diabetes.
“Tadi ada seorang kawan Facebook saya tag di
hantaran di bawah berkenaan petua kononnya rendaman daun kapal terbang merawat
diabetes.
“Daun kapal terbang atau nama saintifiknya
Chromolaena Odorata Syn Eupatorium Odoratum mengandungi sebatian kimia dari
kumpulan alkaloid pyrrolizidine.
“Alkaloid pyrollizidine adalah sejenis karsinogen dan boleh menyebabkan kanser hati dalam tempoh panjang. Dalam tempoh pendek, ia boleh menyebabkan keracunan,” jelasnya.
Namun demikian, Dr Che Puteh tidak menafikan bahawa daun kapal terbang sangat berguna untuk menghentikan pendarahan.
“Pokok kapal terbang ini berguna bagi menghentikan pendarahan apabila anda tiada akses pada kemudahan rawatan moden.
"Kandungan tetrahydroxyflavone di dalam daunnya mencetuskan koagulasi darah dan menghentikan pendarahan.
“Seeloknya terus ke hospital apabila luka dalam dan
tekap tempat luka untuk mengelakkan pendarahan berterusan.
“Pokok kapal terbang adalah sejenis rumpai yang berguna untuk kawalan biologi dan mengekalkan kesuburan tanah.
"Betul setiap ciptaan Allah SWT ada guna. Tapi tidak semestinya sebagai ubat,” tulisnya.
Penjelasan yang sangat berguna daripada Dr Che Puteh
itu turut dikongsi oleh Facebook milik Public Health Malaysia yang mengingatkan
orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan petua yang tidak berasas.
“Perhatian kepada individu yang menyiarkan petua ini
dan 13,000 netizen yang berkongsi petua tersebut.
“Daun ini berguna untuk kegunaan luar bagi
menghentikan pendarahan apabila tiada akses pada kemudahan rawatan moden.
“Daun kapal terbang bukan untuk dimakan kerana ia
mengandungi bahan penyebab kanser Alkaloid Pyrrolizidine dan dalam tempoh
pendek boleh menyebabkan meracunan.
“Berhati hati dengan info dan petua yang dikongsi dalam media sosial,” seru mereka kepada orang ramai.
Semoga dengan penjelasan ini orang ramai tidak mudah
terpedaya dan menjadikan daun kapal terbnag sebagai makanan.
Bak kata Dr Che Puteh, memang benar setiap kejadian
Allah SWT itu ada kegunaannya tetapi tidak semua boleh dimakan atau dijadikan
ubat! - KitaReporters