Rekod dunia! Miliki 8,083 koleksi replika makanan plastik!
Published bySANGGUP memenuhi kesemua ruang kediamannya sendiri semata-mata memenuhi koleksi peribadinya dengan mengumpul lebih 8,000 koleksi replika makanan plastik. Pelik kan bunyinya? Tapi itu yang berlaku kepada seorang wanita Jepun, Akiko Obata yang memiliki hobi unik kerana sangat mencintai replika makanan atau Sampuru dalam bahasa Jepun. : KitaReporters
PUAS HATI Akiko Obata dikeliling koleksi peribadi Sampuru di kediamannya di Chiba, Jepun baru-baru ini. - Kredit foto: Guinness Records
Lagi cerita-cerita berkaitan Jepun:
https://kitareporters.com/search?search=jepun
Malah dia tidak kisah semua ruang di dalam kediamannya dipenuhi dengan koleksi berkenaan, sebaliknya mengakui puas hati apabila koleksinya memenuhi setiap inci dalam rumahnya.
Menurut Obata dia meminati replika makanan plastik itu ketika usianya mencecah 10 tahun lagi dan mula mengumpulkan dalam bentuk pelbagai jenis sehingga mencapai jumlah sebanyak 8,083 buah Sampuru.
Memetik laporan odditycentral.com, kesungguhan wanita yang membolehkan dirinya menerima pengiktirafan dari Guinness World Records kerana sebagai Pengumpul Koleksi Makanan Plastik Paling Banyak di Dunia.
Wah hebat tu!!!
Wanita yang menetap di Chiba yang terletak berhampiran
lapangan terbang Antarabangsa Narita itu berkongsi, minatnya dalam mengumpul replika
makanan itu bermula sejak 30 tahun lalu apabila kakaknya membawa pulang
sejumlah koleksi Sampura itu yang tidak digunakan lagi dari restoran tempat
kakaknya bekerja.
“Sejak itu saya mula jatuh cinta kepada Sampuru,
kesemua yang dilihat sangat menyelerakan sehingga membuatkan saya terpesona,” kongsinya
lagi.
SAMPURU mula diperkenalkan pada 1920-an dan sering digunakan di kebanyakan restoran di Jepun bagi mempromosi hidangan yang dijual. - Kredit foto: Facebook Fake Food Japan
Kini memiliki pelbagai jenis koleksi Sampura
termasuklah magnet, alat-alat tulis, mainan, hidangan makanan tradisi Jepun, susyi, anak patung dan macam-macam lagi.
Namun koleksi yang paling diminati adalah hidangan
makanan termasuk kek dan kini pelbagai koleksi berjumlah 8,083.
Wow banyaknya!! Patutlah penuh di setiap ruang rumahnya.
Bagi Obata, walaupun Sampuru itu bukanlah hidangan yang betul tetapi dia sangat mengkagumi individu yang membuatkan kerana kelihatan menyerupai yang sebenar dan sangat menyelerakan.
Sampuru yang diperkenalkan sejak 1920-an itu sering
digunakan di kebanyakan restoran di Jepun bagi mempromosikan hidangan mereka.
DEKORASI Sampuru yang menarik membuatkan hidangan tampil menyelerakan di kebanyakan restoran di Jepun.
Lebih melucukan Obata menjelaskan, wakil Guinness menghabiskan masa beberapa hari untuk menjumlahkan koleksi peribadinya itu bagi melayakkan dirinya mendapat pengiktirafan berkenaan.
Yela banyak sangat tu... pasti berpinar mata wakil
berkenaan. - KitaReporters