Berita Terkini| PPZ-MAIWP syor kaedah alternatif bayar zakat! Sepanjang tempoh SPP, PKP 3.0!
Published by
Notis penanguhan operasi secara bersemuka di PPZ-MAIWP
PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menyediakan
kaedah alternatif pembayaran yang boleh digunakan orang ramai sepanjang sekatan
pergerakan penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata meskipun penutupan operasi secara bersemuka namun ia tidak akan menjejaskan urusan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP.
“Kaunter ibu pejabat dan 10 kaunter PPZ-MAIWP ditutup selaras dengan penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang tempoh SPP PKP 3.0 ini. Bagaimanapun urusan pembayaran dan agihan zakat akan tetap dijalankan seperti biasa oleh MAIWP.
“Sebagai alternatif, pembayaran zakat boleh dilakukan secara dalam talian menerusi beberapa saluran seperti portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my. Melalui transaksi ini, pembayar boleh buat kiraan kalkulator zakat, melakukan transaksi pembayaran serta semak penyata bayaran terdahulu.
“Aplikasi MyZakat juga boleh dimuat turun secara percuma. Pembayar boleh mengira, bayar dan semak rekod bayaran zakat mereka di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Utusan Malaysia, 2 Jun 2021.
Tambah beliau, orang ramai juga boleh membuat pembayaran menerusi Kaunter Zakat Digital (KZD) dan Potongan Gaji Zakat Online di https://ptg.zakat.com.my/.
Katanya
lagi, lebih mudah sekiranya mereka boleh membayar zakat menerusi 15 perbankan
internet terpilih dan ejen-ejen yang dilantik antaranya Shopee, Boost, MyEG,
JomPay, GoPayz dan PayHalal. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter