Video| Gara-gara jubin pecah, pusat beli belah disangka nak runtuh! Spekulasi cetus situasi cemas!
Published byPENGUNJUNG sebuah pusat beli belah baru-baru ini berdepan situasi cemas apabila bunyi kuat jubin pecah di sebuah lot kedai di Harbour Mall Sandakan, Sabah menyebabkan ramai bersangka bahawa bangunan pusat beli-belah berkenaan bakal runtuh.
Melalui perkongsian video pendek dalam Tiktok, situasi di pusat
beli-belah berkenaan kelihatan kecoh dan huru-hara dengan orang ramai yang
mulai panik dan berlari keluar meninggalkan bangunan tersebut.
Video yang berdurasi 10 saat itu pada awalnya menimbulkan banyak tanda tanya netizen kerana pemilik akaun tidak menjelaskan apa yang berlaku.
Lagi cerita-cerita cemas berkaitan suasana panik
Susulan dengan itu, pelbagai spekulasi dibuat mengenai keretakan lantai sebuah kedai di pusat beli berkenaan.
Ada pengunjung mendakwa berlakunya gempa bumi setelah
mendengar bunyi dan melihat keretakan lantai di sebuah kedai yang dipercayai
akan runtuh.
Malah ada juga sesetengah individu mengatakan ia adalah sebuah prank (muslihat) untuk menakutkan orang ramai.
Kredit foto: FB Bersama Selamanya
Susulan video kejadian itu yang tular, pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu menerusi kenyataan menyangkal dakwaan bahawa bangunan itu hendak runtuh.
Pihaknya bagaimanapun mengakui terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat premis itu dan meminta agar orang ramai tidak mengeluarkan apa-apa spekulasi sehingga pemeriksaan dan siasatan lanjut ke atas bangunan itu dijalankan.
"Ya, terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat. Ia
berpunca daripada satu bahagian kecil jubin lantai yang retak dan pecah,” katanya
dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan turut memberi jaminan
bahawa bangunan pusat beli-belah ini adalah dalam keadaan kukuh dan tiada isu
struktur seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak pengurusan Harbour Mall meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mempercayai serta menyebar berita palsu tanpa mengesahkan kebenarannya.
Kredit foto: FB Bersama Selamanya
Sementara itu, unit penguatkuasaan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) Sandakan telah membuat pemeriksaan ke atas bangunan
tersebut dan hanya menemui beberapa jubin retak dan pecah dalam sebuah lot kedai.
Pihak pengurusan, pihak keselamatan dan pemilik premis telah
ditemui untuk siasatan lebih lanjut.
Siasatan awal mendapati hanya berlakunya “jubin pecah” di
salah sebuah lot kedai sahaja dan bukannya struktur bangunan berkenaan.
Pihak CIDB menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan
maklumat palsu sehingga menimbulkan rasa panik kepada pengunjung.
Tambahan, jelasnya tindakan berkenaan boleh menyebabkan kemalangan lain yang boleh membahayakan keselamatan orang lain terutama keluarga yang mempunyai anak ataupun orang tua.
Kesian yang bawa anak, nak turun semua tu jadi kelam kabut.Kalau ada yang jatuh tangga kan susah, tidak ke lagi susah nak bawa pergi ke klinik atau hospital."
Itu antara komen netizen dalam TikTok yang jelas setuju bahawa
kejadian berkenaan boleh mendatangkan kemalangan lain akibat panik yang
dicetuskan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita dan maklumat palsu sehingga boleh memberi kesan kepada orang awam. - KitaReporters