Video| Sukar dapat kerja, lelaki Vietnam nekad ubah penampilan diri! Jalani pembedahan plastik
Published byPENAMPILAN terkini...kelihatan segak menyebabkan dirinya diterima kerja. - Kredit foto: TikTok Do Quyen.
SERING menjadi bahan ketawa kerana penampilan yang kurang segak dan sukar mendapat tawaran pekerjaan seorang lelaki Vietnam nekad melakukan perubahan penampilan dirinya.
Memetik laproan portal Odditycentral, Do Quyen mendedahkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan kosmetik ke atas dirinya bagi kelihatan lebih segak.
“Sehingga kini sebanyak sembilan pembedahan plastik dilakukanke atas diri saya termasuklah pembedahan memancungkan hidung, implan dagu, membetulkan kedudukan gigi dan juga pembedahan membetulkan bibir,” ujarnya.
Kesemua itu dilakukan demi kelihatan lebih macho berikutan kesukaran untuk mendapat pekerjaan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembedahan kosmetik:
https://kitareporters.com/search?search=pembedahan+plastik
SEBELUM DAN SELEPAS... perbezaan ketara antara yang lama dan terkini.
Katanya, sebelum ini dirinya sering ditertawakan ketika menjalani temu duga oleh bakal majikan. Malah setiap kali menjalani proses temu duga dia pasti gagal dan sering ditertawakan kerana penampilan diri yang serba kekurangan.
Nekad untuk mengubah penampilan diri dia sanggup melakukan segala-gala demi meneruskan kehidupan.
“Lagipun saya sudah terlalu ‘penat’ menjadi bahan usikan kerana penampilan diri saya,” ujarnya lagi.
Kisahnya menjadi tular dalam media sosial selepas pengakuan dalam aplikasi TikTok dengan menunjukkan dirinya sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik.
Kongsinya, ramai yang sangsi dengan dirinya selepas dirinya menjalani pembedahan dengan perubahan ketara. Dedah lelaki berusia 26 tahun selepas menjalani pembedahan dia terus diterima bekerja.
Kini Quyen bekerja sebagai jurusolek artis dan menetap di bandar Saigon mendedahkan dia terpaksa memperuntukkan kesemua wang simpanan untuk digunakan dalam pembedahan plastik sebanyak 400 juta dong (RM71,000).
Kongsinya lagi, selepas menjalani pembedahan ahli keluarga terdekat langsung tidak mengenali dirinya.
“Kali pertama saya pulang ke kampung ibu bapa saya langsung tidak mengenali saya dan terpaksa saya menerangkan kepada mereka yang berada di hadapan mereka ini adalah anak lelaki mereka berdua,” ujarnya yang menjangkakan kejadian itu berlaku kepada dirinya.
IBU BAPAnya tidak mengenali dirinya selepas menjalani pembedahan plastik yang dilakukan.
Kata pemuda kacak itu, selepas membuat pendedahan dirinya ramai yang mengecam dengan tindakan berani namun tidak meninggalkan kesan kepadanya kerana apa yang dilakukan untuk kelangsungan hidup.
“Saya tidak terkesan dengan apa yang orang mahu katakan terhadap saya kerana saya tahu apa yang lakukan ini semuanya demi kebaikan kepada diri saya juga,” ujarnya dengan penuh bangga. - KitaReporters