Berita Terkini| Total lockdown: Video hina Agong! Dakwaan berbau hasutan! Iswardy ditahan polis!
Published byPemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar. - Kredit foto:+ Sinar Harian
POLIS menahan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi video secara langsung dalam laman YouTube.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit
Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Iswardy diberkas di rumahnya di Kajang pada kira-kira
jam 11 malam Sabtu, 29 Mei 2021.
"Suspek ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas
(USJT) Bukit Aman. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan
1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998," katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, Ahad, 30 Mei 2021.
Dev Kumar memberitahu, pihaknya berusaha mengesan
Iswardy susulan laporan polis dibuat terhadap video yang dimuat naik oleh individu
berkenaan dalam YouTube miliknya semalam (29 Mei 2021).
Iswardy sebelum ini memuat naik video secara langsung
bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun' dalam Youtube rasmi miliknya.
Dalam video tersebut, Iswardy mengeluarkan kenyataan
kesat terhadap Al-Sultan Abdullah dan mendakwa Yang di-Pertuan Agong
seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini.
Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa Iswardy ada menghina Seri Paduka.
“Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak
apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8 ribu. Kita tahu makan di istana itu
sedap, saya tidak pernah pergi, kalau dijemput masuk nak juga,” dakwanya.
Selain itu, dalam video itu, Iswardy turut
membandingkan Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di negeri
Johor.
“Jadi Tuanku nak buat apa Tuanku, kalau tahun lepas
cepat bertindak, sekarang macam mana, bila nak bertindak. Takpe lah, biar ramai
rakyat Tuanku mati, lawan tetap lawan,” dakwanya lagi. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter