SETIAP tahun bermula hujung bulan Oktober, ribuan penduduk akan memenuhi sebuah kuil di China bagi melihat sendiri sebatang pokok gergasi gingko biloba dengan daun yang berguguran, sekali gus menukarkan kawasan kehijauan itu yang menyerupai sebuah taman emas. : KitaReporters


PENGUNJUNG terpaksa menunggu tiga hingga empat jam untuk memasuki kawasan berkenan di Kuil Gu Guanyin, wilayah Shaanxi, China. - Kredit foto: Grandoptical Portugal.


Lagi kisah-kisah berkaitan China:

https://kitareporters.com/search?search=china


Kuil Buddha Gu Guanyin yang terletak di Pergunungan Zhongnan, wilayah Shaanxi itu memiliki sebuah pokok gergasi yang berusia 1,400 tahun dan dipercayai ditanam ketika pemerintahan Dinasti Tang pada tahun 618 sehingga 907 di bawah naungan Li Shimin, seorang daripada pemimpin terbesar China. 


KEEMASAN daun-daun luruh memenuhi kawasan berkenaan dilihat menyerupai kepingan emas di kuil berkenaan.


Memetik portal odditycentral.com, menjadi kebiasaan daun-daun pokok gergasi gingko biloba itu akan luruh pada hujung tahun dan ‘membentuk’ permaidani keemasan di kawasan berkenaan, sekali gus menjadi tarikan kepada pengunjung dan digelar kawasan itu sebagai pokok gingko tercantik di dunia.

Wow!!! Pasti cantik!!



Tiga tahun lalu pada 2017, media China melaporkan dianggarkan 60,000 pengunjung memasuki kawasan berkenaan bagi melihat sendiri keindahan pokok emas di Kuil Gu Guanyin sepanjang tempoh 20 hari bermula hujung Oktober sehingga awal Disember. 

Dalam tempoh berkenaan, pengurusan kuil membenarkan kira-kira 3,000 pengunjung sehari dan permintaan yang tinggi menyebabkan pengunjung disaran membuat tempahan secara dalam talian.

Mak oiii sampai kena tempah dulu nak masuk tengok pokok tu!

Bagaimanapun pengunjung warga emas dibenarkan masuk, tetapi pengunjung yang lain perlu membuat tempahan terlebih dahulu.


HIMPUNAN dedaun luruh berwarna kekuningan membuatkan kawasan berkenaan menyerupai taman emas.


Lebih mengejutkan pengunjung perlu beratur selama tiga atau empat jam semata-mata mahu memasuki kawasan berkenaan.

Ramai sangat ni sampai kena beratur lama sangat tu! 

Berikutan pertambahan pengunjung ke kawasan berkenaan, pihak pengurusan kuil dikatakan menambah kapasiti pengunjung harian kepada 7,200 pengunjung yang bermula seawal 8 pagi sehingga 5 petang.

Sejak menjadi tular dalam media social, pokok yang berusia 1,400 tahun dan ‘lautan emas’ itu menjadi tarikan baharu kepada pengunjung selain lokasi menarik untuk  bergambar. - KitaReporters


PENGUNJUNG terpaksa membuat tempahan secara talian bagi membolehkan mereka masuk melihat sendiri pokok yang digelar pokok paling cantik di dunia.

1
10
0
0
0

Copy Link: