Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menyediakan pelbagai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda negara baru-baru ini. 

Terbaharu, kerajaan memperkenal inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara yang layak juga telah diumumkan untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan banjir


Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif ini merupakan usaha sama antara Kerajaan dan syarikat automotif di mana syarikat akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan secara percuma dan Kerajaan pula akan menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000

Dalam hal ini, Kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perodua dan Proton untuk menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti

Selain itu katanya, Perodua juga telah menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma

Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya, kata Menteri Kewangan dalam satu kenyataan pada 7 Januari 2022.


Kredit foto: Careta.my


Untuk memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik kenderaan tidak perlu membuat sebarang permohonan

Pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat

Menurut kenyataan itu lagi, pengurangan kos pembaikan dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah

Setakat ini, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ini. 

Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan. 

Menteri Kewangan berkata, maklumat senarai syarikat automotif yang terlibat setakat ini adalah seperti di Jadual di bawah. Pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif berkenaan untuk mengetahui pusat servis yang berdekatan. 



Tengku Zafrul memberitahu, tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis/pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan. 

Dengan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia ini, Kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. 



Selain itu, satu lagi bentuk bantuan di bawah konsep Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah Kemudahan Bantuan Bencana bagi meringankan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Bagi kemudahan tersebut, jumlah peruntukan telah ditingkatkan dari RM200 juta kepada RM500 juta. Di samping itu, ciri-ciri kemudahan ini juga telah ditambah baik, di mana: 

  • Jumlah pembiayaan maksimum ditambah dari RM500,000 kepada RM700,000 untuk PKS, dan dari RM75,000 kepada RM150,000 untuk perusahaan mikro
  • Tempoh pembiayaan maksimum dipanjangkan dari 5 tahun kepada 7 tahun. - KitaReporters


10
17
0
14
0

Copy Link: