Wabak Covid-19 di Brazil semakin teruk! Presiden tak kisah!!
Published byKETIKA wabak Covid-19 semakin mengganas di Brazil, bandar terbesar di negara itu, Sao Paulo kini dicengkam kebimbangan kerana sistem kesihatannya mungkin tumbang disebabkan tidak mampu menampung permintaan untuk katil hospital yang semakin meningkat. : KitaReporters
KEDUDUKAN Sao Paulo, bandar terbesar di Brazil dan paling teruk dilanda Covid-19. - Kredit foto: Brittanica
Memetik laporan BBC News, Datuk Bandar Sao Paulo, Bruno Cavas memberitahu sehingga ini hospital-hospital di bandar itu telah mencapai tahap kapasiti 90 peratus.
Dalam tempoh dua minggu dijangka tidak ada lagi ruang untuk menempatkan pesakit!!
Anehnya dalam keadaan genting begini dan angka jangkitan terus meningkat, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dilihat sebagai tidak ambil peduli.
Malah dia menentang dan meremehkan polisi penjarakan sosial atau social distancing.
Bagi menampakkan keegoannya, dia mengadakan perhimpunan dengan penyokong dan kanak-kanak diu negara Barzil, Brasilia.
Dalam perhimpunan itu, dia mengambil gambar berpelukan dengan kanak-kanak. Malah dia menyifatkan peraturan yang dikenakan dalam usaha mengekang Covid-19 adalah keterlaluan.
PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro memandang ringan serangan Covid-19 di negaranya. - Kredit foto: Wikipedia.
TIDAK memperdulikan penjarakan sosial, Presiden Brazil. Jair Bolsonaro bergambar dengan kanak-kanak pada satu perhimpunan di ibu negara Brasilia pada 17 Mei 2020. - Kredit foto: EPA.
Apalah yang boleh diharapkan daripada presiden seperti ini? Dia tidak mengindahkan nasihat kesihatan global berhubung penjarakan sosial.
Kerana itu dia menerima pelbagai kecaman dari dalam dan luar negara berhubung sikapnya dalam mengendalikan wabak Covid-19 yang kian meruncing di Brazail.
Setakat Khamis, 21 Mei 2020, lebih 310,000 rakyat negara benua Amerika Selatan itu telah disahkkan positif Covid-19 dengan kematian seramai lebih 20,000.
Ini menjadikan Brazil negara ketiga paling ramai disahkan dijangkiti pandemik tersebut, selepas Amerika Syarikat dan Rusia.
Pakar kesihatan memberi amaran bahawa angka kematian sebenar mungkin lebih daripada itu disebabkan sistem saringan yang tidak terkini.
HOSPITAL SANTA JOSNA, antara yang terbesar di Sau Paulo. - Kredit foto: Global Health Intelligence.
DATUK Bandar Sau Paulo, Bruno Covas, bimbang tidak akan akan ada lagi katil hospital untuk merawat pesakit Covid-19 dalam tempoh terdekat. - Kredit foto: Wikipedia.
Sao Paulo adalah bandar yang paling teruk diserang Covid-19 dengan angka kematian melebihi 3,000 orang.
Kerana itulah Datuk Bandar Bruno Covas sangat bimbang. Dia kesal dengan sikap orang ramai yang melanggar lockdown dan menyifatkan mereka sebagai bermain dengan nyawa manusia.
Namun apalah sangat hendak dikesalkan dengan sikap rakyat ini jika presiden yang sepatutnya melindungi dan menjadi payung rakyat memandang ringan usaha mengekang Covid-19.
Covas memberitahu, dia kini sedang berbincang dengan gabenor Sao Paulo untuk memperkenalkan lockdown yang ketat dalam usaha mengelakkan kesesakan di hospital.
Gabenor mempunyai bidang kuasa ke atas polis dan sokongannya amat diperlukan untuk menjayakan lockdown yang ketat dan berkesan.
Covas menasihatkan orang ramai duduk di rumah untuk mengawal penularan virus.
Dia sangat kecewa kerana orang ramai seolah-olah tidak memperdulikan kematian yang mungkin mereka hadapi jika berterusan mempermainkan lockdown dan penjarakan sosial.
PARA petugas perubatan memberi rawatan kepada seorang pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Sau Paulo, Brazil. - Kredit AFP/Getty Images.
Sao Paulo mempunyai 12 juta penduduk.
Angka rasmi menunjukkan kebanyakan penduduk tidak memperdulikan social distancing. Jika presidennya borek, rakyatnya pula rintik!
Sekalipun lockdown dan kuarantin sudah diperkenalkan dua bulan lalu di bandar itu, ramai yang ingkar, termasuk enggan memakai penutup muka.
Ini ditambah dengan tiadanya hukuman atau denda berat terhadap mereka yang ingkar, menjadikan mereka makin berani.
Namun kini dengan keadaan semakin meruncing, jika rakyat terus tidak peduli, bukan sahaja Sao Paulo, seluruh Brazil bakal berdepan dengan penularan Covid-19 yang semakin mengganas.
Angka kematian dan jangkitan akan meningkat. Atau mungkin mereka sedia menerima sahaja apa yang mungkin berlaku, termasuk presidennya! - KitaReporters
ORANG ramai menjalani saringan Covid-19 di Sau Paulo. - Kredit foto: AFP/Getty Images.