SEBUT sahaja tentang iPhone, sudah tentu ramai yang akan mengambil peluang untuk membelinya, apatah lagi jika ia diberikan pada harga yang mampu milik. Namun kali ini bukan sahaja harga mampu milik, malah ada satu peniaga yang meletakkan harga tidak sampai RM100 untuk seunit dalam laman aplikasi peniagaan online. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan iPhone:

https://kitareporters.com/search?search=iPhone


Peniagaan melalui kaedah online walaupun mudah, pasti ada bahayanya juga. Masakan tidak, mana mungkin kita dapat membeli sebuah iPhone dengan harga kurang dari RM100? Ia suatu perkara paling tidak masuk akal.

Seorang pengguna Twitter telah mendedahkan bahawa perkara yang tidak masuk akal itu benar-benar telah berlaku dalam peniagaan online masyarakat kita sendiri.

Perkongsian tersebut menunjukkan ada seorang peniaga di sebuah laman beli belah online popular tanah air telah menjual model smart phone jenama iPhone 11 pada harga RM23 sebuah!

Namun atas sikap tidak teliti sesetengah netizen atau pembeli, mereka sudah tersalah sangka kononnya peniaga berkenaan menjual set smart phone jenama iPhone 11 yang sebenar.

Kelakar, namun itulah realiti yang berlaku!




Menariknya, bukan seorang atau dua yang 'tertipu' dengan kealpaan diri sendiri, sebaliknya ramai yang memberi feedback negatif dan kecewa terhadap pembelian tersebut, kerana mereka beranggapan ia adalah smart phone sebenar.

Hampir 300 unit set juga telah berjaya dijual, tidak kurang yang memberikan peniaga berkenaan 1 bintang sekali gus mendakwa kedai itu menipu, pada hal itu adalah kecuaian diri sendiri yang tidak berjaya membaca dengan lebih terperinci apa yang telah ditulis oleh peniaga berkenaan terlebih dahulu.



Kredit foto: https://medium.com/@NowYouKnow1/a-complete-guide-to-dummy-phones-534354c49cfa


Mungkin bagi mereka yang sedar bahawa telefon berkenaan sekadar untuk paparan di kedai sahaja atau ‘dummy set’ seperti yang jelas diletakkan dalam nama produk, akan berasa geli hati dan mentertawakan mereka yang rasa dirinya tertipu.

Mana mungkin smart phone jenama iPhone 11 mampu dijual pada harga sedemikian rupa?

Justeru, siapa yang salah dalam hal ini? Nak di bawa ke mahkamah pun pasti panjang ceritanya.

Pengajarannya adalah kita harus sentiasa teliti dalam setiap tindakan seharian kita, lebih-lebih lagi ketika ingin menjual beli di laman peniagaan online. Jika kita tertipu sebegini rupa, maka tidak ada siapa yang dapat menolongnya. - KitaReporters


0
0
0
1
0

Copy Link: