Terkedu seketika melihat tindakan seorang wanita yang membuat lubang pada topeng hidung dan mulutnya bagi 'memudahkannya bernafas'. Menurut Daily Mail, juruwang kedai serbaneka di sebuah stesen minyak terkejut apabila melihat seorang pelanggan wanita yang mengisi minyak datang ke kaunter untuk membuat pembayaran dengan mengenakan topeng berlubang pada bahagian mulut dan hidungnya. : KitaReporters

Kredit foto: Daily Mail/TikTok


Menerusi rakaman videonya, kedengaran Joe Samaan yang bekerja di S J Food Mart di Lexington, Kentucky di Amerika Syarikat itu bertanya perihal topeng berkenaan kepada wanita terbabit.

"Sukar untuk bernafas ketika memakai topeng, jadi cara ini (menggunting) memudahkan saya bernafas dengan selesa," jawab wanita itu.

Kredit Video: Daily Mail/TikTok


Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika sebelum ini menggesa semua rakyat Amerika Syarikat memakai topeng muka ketika berada di tempat awam bagi mengurangkan penularan Covid-19.

Sementara itu, Gabenor New York, Andrew Cuomo mengarahkan orang ramai menutup muka dengan apa cara sekalipun jika tidak menjaga penjarakan sosial enam kaki antara satu sama lain.

Dalam pada itu, terdapat juga pelbagai jenis dan gaya memakai topeng muka atau penutup mulut dan hidung yang boleh disifatkan sebagai "mengejutkan".

Media sosial penuh dengan gambar-gambar lucu dan aneh berkenaan topeng-topeng muka ini.



Tetapi ketika semua sibuk memakai topeng muka bagi mengekang penularan pandemik Covid-19, ada netizen yang mengingatkan bahawa satu ketika dulu, mendiang Michael Jackson menjadi antara pelopor utama penggunaan topeng muka.

Siapa yang tahu kini semua orang memakai topeng muka macam MJ!! - KitaReporters


2
1
0
0
0

Copy Link: