Video| Petani hebat! Dinobat jaguh buaya! Tangkap buaya tembaga guna tali kapal, burung merpati!
Published byBUAYA berkalung tayar sepanjang empat meter motosikal sebelum berjaya ditangkap oleh Tili di Sungai Palu berdekatan dengan Jambatan 2, Jalan I Ngurah Rai, Kecamatan Palu Selatan. - Kredit foto: Kompas.com
NASIB seekor buaya sepanjang empat meter yang dipercayai hidup menderita akibat lehernya berkalung sebiji tayar motosikal sejak enam tahun lalu dapat diselamatkan apabila seorang petani yang kini digelarkan sebagai ‘jaguh buaya’ berjaya menangkap buaya itu dengan hanya umpan seekor merpati putih di Sungai Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia pada 7 Febuari 2022 lalu.
Petani terbabit, Tili, 35, berasal dari Sragen, Jawa Tengah dikagumi warga tempatan kerana kehebatannya dapat menangkap buaya jenis tembaga itu hanya menggunakan seutas tali kapal dan seekor burung merpati putih sebagai umpan berbanding sebelum ini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak lain untuk menangkap haiwan liar itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buaya
TILI seorang petani dari Jawa Tengah dinobatkan sebagai 'jaguh buaya' melakukan sesuatu kepada buaya selepas membuang tayar yang tersangkut pada leher haiwan itu di Sungai Palu, Sulawesi Tengah pada 7 Februari 2022. - Kredit foto : Kompas.com
BUAYA jenis tembaga yang tersangkut tayar sejak enam tahun lalu dipercayai hidup menderita sebelum pelbagai usaha dilakukan untuk menangkapnya. - Kredit foto: Kompas.com
Namun usaha yang dilakukan itu termasuk dari pihak pemerintah dan dua petugas haiwan liar dari negara Australia iaitu Matthew Nicolas Wright dan Chris Wilson tetap tidak berhasil.
Matthew yang berpengalaman luas dalam pemindahan hidupan liar dan setakat ini dia telah berjaya menangkap berpuluh-puluh ekor buaya liar di sungai.
Kedua-dua petugas terbabit membuat perangkap ukuran sepanjang emat meter, lebarnya 1.2 meter dan tingginya satu meter yang dipasang berhampiran jambatan di Sungai Palu dengan umpan seekor itik hidup.
Apa yang mengkagumkan masyarakat, kehebatan Tili yang luar biasa itu dengan perangkap yang dipasang di Jambatan 2, Jalan I Ngurah Rai, Kecamatan Palu Selatan dapat menangkap haiwan itu dengan mudah tanpa menggunakan peralatan yang canggih.
TILI menunjukkan tayar motosikal yang digergaji dari tengkok buaya itu untuk menyelamatkan nyawa haiwan berkenaan. - Kredit foto : Tribunnews.com
Sebaliknya jaguh kampung itu hanya digunakan seekor burung merpati putih sahaja sebagai umpan haiwan itu serta seutas tali sepanjang 300 meter yang bersambung-sambung untuk menangkapnya.
Tili berkata, untuk tujuan itu dia terpaksa berkorban masa selama
tiga minggu tanpa jemu-jemu untuk
menahan perangkap buaya itu dengan umpan seperti ayam, burung merpati dan itik.
‘’Sebelum itu, saya sudah meletak beberapa ekor burung merpati di perangkap yang saya buat sendiri tetapi belum berhasil lagi.
‘’Tetapi pada petang (6 Februari 2022), saya nekad untuk mencuba sekali lagi untuk meletakkan seekor burung merpati di perangkapnya dan saya tidak sangka pula umpan merpati putih kali ini telah mengena buaya itu lewat petang (7 Febuari 2022),’’ kata Tili.
SELEPAS selesai membuang tayar yang berkalung pada leher buaya itu, haiwan tersebut dilepaskan semula ke dalam Sungai Palu pada waktu malam 7 Februari 2022. - Kredit foto : Tribunnews.com
Memetik laporan Tribun Palu pada Selasa, 8 Februari 2022, usaha yang dilakukan itu kerana Tili bersimpati dengan nasib buaya tersebut yang lehernya tersangkut tayar akhirnya boleh mengancam nyawa haiwan itu jika tidak berbuat demikian.
Tili berkata, meskipun buaya itu haiwan, tetapi disebabkan kesian dengan haiwan tersebut lalu hatinya telah terpanggil untuk membantu dengan cara menangkap buaya berkenaan untuk membuang tayar pada lehernya.
‘’Untuk tujuan itu, saya telah membelanjakan wang saya sendiri sejumlah Rp4 juta (RM1,162) bagi membeli 35 ekor ayam , 35 ekor merpati serta beberapa ekor itik sebagai umpan buaya itu.
Tili menjelaskan, umpan yang dipasang itu diikat pada tali kemudian tali itu diikat pada sebatang kayu besar dan langkah itu bagi memudahkan menarik buaya selepas ia memakan umpan yang dipasang itu.
Menurut jaguh buaya itu, selepas buaya tersebut berjaya ditangkap pada waktu petang, Tili melepaskan semula buaya tersebut ke sungai setelah dia membuang tayar motosikal yang tersangkut pada tengkoknya.
‘’Saya membuang tayar itu dengan cara menggergaji dan semasa saya menggergaji tayar itu, saya menutup mata buaya itu dengan kain selain tubuh badannya juga saya ikat supaya ia tidak bergerak atau mengganas,’’ katanya.
TILI sedang menceritakan kepada wartawan tentang kejayaannya menangkap buaya tembaga itu hanya menggunakan umpan seekor merpati putih. - Kredit foto : Tribunnews.com
Kejadian aneh yang berlaku ke atas haiwan itu yang tersangkut tayar pada lehernya menjadi viral dalam media sosial di negara itu pada tahun 2016.
Kebanyakan orang ramai yang melihat buaya berkalung tayar pada leher haiwan itu timbul di permukaan air ataupun bersidai di tepi sungai dan turut bersimpati dengan nasib buaya berkenaan.
Serentak dengan itu, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan melalui agensi yang berkaitan untuk menangkap buaya tersebut untuk membuang tayar yang tersangkut pada tengkoknya tetapi ketika itu segala usahanya tidak berhasil.
Sementara itu, menurut laporan Kompas.com, berikutan kejadian itu, pada 19 Mac 2020 lalu, operasi menangkap haiwan telah dilancarkan yang dikendalikan oleh ahli binatang hidupan liar dari Australia, Matthew Nicolas Wright dan seorang lagi petugas hidupan liar dari Amerika Syarikat, Forrest Galante tetapi buntu untuk menangkapnya.
Sebelum itu, operasi yang sama dengan memasang perangkap yang canggih telah diadakan pada 11 Februari 2020 oleh dua petugas hidupan liar dari dua negara terbabit selain ia juga turut dilakukan oleh Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, Sulewasi Tengah.
MATTHEW Nicolas Wright (dua dari kanan) dan Chris Wilson (kiri) sedang berbincang dengan petugas dari BKSDA di lokasi perangkap buaya itu di Sungai Palu, Sulawesi Tengah pada 11 Februari 2020. - Kredit foto: Kompas.com
MATTHEW Nicolas Wright (berdiri) semasa memasang perangkap buaya tembaga itu di Sungai Palu. - Kredit foto: Kompas.com
Dalam pada itu, pemerintah juga menggunakan khidmat pawang buaya di daerah itu tetapi semuanya tidak berhasil untuk menyelamatkan haiwan liar itu.
Namun, tiada sesiapa pun menyangka khidmat yang dihulurkan secara sukarela lelaki yang berasal dari Jawa Tengah itu telah mengejutkan dan amat mengkagumkan masyarakat di Sulawesi Tengah sejak 7 Februari 2022 lalu sehingga kini.
Sebelum berhasil, jaguh buaya itu pernah diperlekehkan oleh warga kerana kemampuan seorang petani tidak mungkin berjaya menangkap haiwan itu berbanding sebelum itu pelbagai usaha telah dilakukan dari pihak terbabit tetapi ia gagal.
‘’Biarpun saya bukan pakar dalam bidang itu, tetapi jikalau niat kita baik untuk membantu buaya itu walaupun ia bukan manusia, mungkin tuhan akan merestuinya,’’ kata Tili. - KitaReporters
PETUGAS dari Australia, Matthew Nicolas Wright sedang memasang perangkap di lokasi buaya itu sering muncul di Sungai Palu, Sulawesi Tengah pada 11 Febuari 2020 lalu. - Kredit foto : Kompas.com