MENGAMBIL KIRA negara kekurangan tenaga kerja yang mahir dalam bidang pembangunan permainan, Todak Academy tampil memberi peluang khususnya kepada golongan belia untuk mendalami dan meluaskan pengetahuan dalam pembangunan bidang permainan digital.

Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Todak Academy, sebuah institusi yang yang menawarkan pelbagai kursus secara inovatif dan interaktif membabitkan pembangunan permainan digital terpanggil untuk merealisasikan bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam bidnag berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan permainan digital


Ketua Pegawai Eksekutif Todak Holdings Sdn Bhd, Khairul Azlan Zainal Ariffin memberi peluang kepada golongan beliamendalami dengan lebih luas dalam pembangunan bidang permainan digital.

Selain menawarkan latihan kepada golongan belia yang berminat dengan industri sukan elektronik (e-sukan)Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Todak Holdings Sdn Bhd, Khairul Azlan Zainal Ariffin berkata, menerusi kempen ini seramai 300 pelajar akan mendapat tajaan penuh.

"Kami ingin membantu penggiat industri dan mahasiswa yang bekerja dengan syarikat berasaskan industri seni  dengan menyediakan biasiswa penuh kepada 300 yang menyambung pendidikan di Todak Academy.


Khairul Azlan (tengah) bersama CEO Todak Studios, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan dan CEO Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin.


"Dan kesemua pelajar tajaan itu akan dilatih oleh tenaga pengajar dari Todak Studio yang mengumpulkan pembangunan animasi dan pereka permainan digital terbaik di negara ini. 

“Kesemua pelajar tajaan akan mengikuti kelas '3D Game Asset Production' dan '2D Game Visual Art',” katanya.

Khairul juga menjelaskan kesemua pelajar berkenaan akan menjalani latihan selama tiga bulan.

Lebih menarik selepas tamat menjalani latihan kursus berkenaan selama tiga bulan, pelajar tersebut akan dianugerahkan dengan Sijil Profesional UTMSPACE, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Sijil Todak.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin pula berkata, buat masa ini pihaknya berjaya menghimpunkan 70 belia yang akan memulakan kursus menerusi Kempen Belajar.

"Sejak pendaftaran dibuka awal Oktober (2022) lalu kita dah ada 70 belia yang mendaftar dan kelas akan bermula Disember ini selama tiga bulan.

“Semua pelajar ini akan ditaja sepenuh oleh Todak Academy sepanjang menjalani kursus berkenaan yang bernilai RM10,000 bagi setiap pelajar,” katanya sambil mengajak golongan muda untuk tidak melepaskan peluang berharga tersebut. 

Malah penyertaan ini dibuka kepada belia yang berusia 21 tahun ke atas yang berminat dalam bidang kemahiran.



Bagi mereka yang berminat dalam bidang rekaan grafik, animasi atau permainan digital inilah peluang berharga.

Jangan lepaskan peluang ini kerana kelas dijangka akan bermula Disember depan.

Bagi mereka yang ingin menyertai program berkenaan boleh mendaftar melalui laman sesawang Todak Academy Sdn Bhd.

Jom kita serbu Todak Academy sebelum kelas bermula!. - KitaReporters


12
21
0
11
0

Copy Link: