Video| Oyen akhirnya ditangkap! Gara-gara suka gigit, cakar orang dan curi ikan! Ramai jadi takut!

Published by
KitaReporters

Oyen di Zoo Negara. - Kredit foto: Google Image


Oyen oh oyen! Kalau tak buat perangai, bukan kucing berwarna oren namanya. Sering mendapat perhatian kerana tingkah laku yang berbeza dengan kucing-kucing berwarna selainnya. Namun, ia tetap menjadi kesukaan dan kesayangan semua orang.

Kalau di Malaysia, ada seekor kucing berwarna oren dikenali sebagai Oyen bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di negara lain. 

Kisahnya menjadi tular dalam media sosial sehingga menarik perhatian media luar kerana tinggal bersama capybara. Boleh dikatakan, Oyen merupakan penghuni ‘VIP’ di Zoo Negara kerana ia merupakan bintang utama yang menarik minat orang ramai datang melawat.



Namun, di Indonesia lain pula ceritanya. Kisah kucing berwarna oren yang juga diberi nama jolokan sebagai Oyen, dikehendaki oleh pihak berkuasa kerana berperangai seperti ‘penjenayah’. 

Selain mencuri ikan, Oyen juga didapati menyerang manusia dengan menggigit dan mencakar. Malah ada mangsa yang cedera dan mendapat dua jahitan akibat luka digigit Oyen. 

Oyen yang bermaharajalela di kawasan Pakansari, Cibinong, daerah Bogor akhirnya berjaya ditangkap pada 27 Januari 2024 lalu oleh pihak Pemadam Kebakaran (Damkar) atau kalau di Malaysia dipanggil Jabatan Bomba setelah mendapat aduan daripada orang ramai.

Penangkapan Oyen menjadi heboh dalam media sosial dan menjadi bualan hangat apatah lagi video penangkapannya dikongsi dalam media sosial. Dalam video yang tular itu, kelihatan Oyen ditahan ketika sedang berkeliaran di salah sebuah gerai di pinggir jalan.

Apa yang menghairankan penduduk setempat, Oyen yang sekian lama berkeliaran dan mencederakan beberapa orang, dengan mudahnya dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. 

Ketika ditangkap, pihak berkuasa mendapati Oyen mempunyai kesan luka di kepala tanpa diketahui puncanya.


Oyen berjaya ditangkap.


Rata-rata netizen yang melihat video penangkapan itu memuji pihak berkuasa kerana begitu berhemah ketika menangkap Oyen dan tidak melakukan kekerasan terhadapnya.

Manakala ada penduduk setempat menjelaskan tindakan mereka membuat aduan kerana bimbang Oyen akan dikasari kerana kelakuan ganasnya itu. 

Justeru, jalan terbaik adalah meminta pihak berkuasa memindahkan kucing tersebut ke tempat yang lebih sesuai dan selamat.



“Memindahkan Oyen adalah cara terbaik daripada ia dipukul atau dicurahkan air panas oleh mangsa. Nak kata ia lapar, sering diberi makan oleh orang sekitar. 

"Saya tidak tahu kenapa Oyen bertindak ganas menyerang orang sekeliling. Keluarga saya pun banyak memelihara kucing. Mak saya salah seorang mangsanya dan dia takut untuk keluar  Kami bimbang akan ada lebih ramai lagi mangsa dan terus buat keputusan untuk memindahkannya,” tulis salah seorang netizen.

Mungkin Oyen kesunyian atau trauma dengan sesetengah manusia yang membulinya dan menjadi punca menjadi ganas dan menyerang manusia. 

Semoga Oyen bahagia di tempat baharu dan mendapat banyak kenalan. - KitaReporters


17
16
0
12
0

Copy Link: