ANDA PEMAIN PUBG? PUBG MOBILE TAWAR AS$1J
Published bySUDAH pastinya ramai antara kita yang sangat meminati permainan elektronik, Player Unknown's Battleground (PUBG) sehingga ia memiliki jumlah muat turun yang tertinggi di seluruh dunia. : KitaReporter
Walaupun permainan ini mempunyai kritikan yang hebat dalam isu pembentukan emosi, tingkah laku dan rasa manusia, ia masih lagi dilihat sebagai medium penyatuan bangsa yang berkonsepkan permainan elektronik yang relevan.
Menurut Pengarah Urusan PUBG Mobile Asia Tenggara, Oliver Ye menerusi satu kenyataan media pada Rabu, 4 Mac 2020 memberitahu PUBG Mobile Pro League 2020 (PMPL 2020) akan mengadakan satu pertandingan kejohanan profesional peringkat kebangsaan terbesar di Asia Tenggara.
Pemenang yang berjaya akan diberikan ganjaran wang tunai sebanyak AS$1 juta (RM4.16 juta) bagi mereka yang menjadi pemenang.
“PUBG Mobile Pro League 2020 adalah komitmen kami untuk menambah baik dan menyokong industri e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi.
"Suasana e-sukan di Malaysia sememangnya sangat meriah, penuh dengan bakat-bakat tempatan yang handal, dan kami teruja untuk menyaksikan kebolehan mereka,” ujarnya.
PMPL 2020 adalah platform e-sukan terbaru untuk pemain peringkat kebangsaan menyertai pentas profesional.
"Kami berharap PMPL 2020 mampu membuka lebih banyak peluang kepada pemain PUBG Mobile untuk mengasah kemahiran mereka, sebagai persediaan menempa kerjaya di dalam dunia e-sukan," katanya.
Pasukan yang memperolehi markah yang tertinggi akan meneruskan pertarungan pada peringkat serantau, dan kemudiannya melangkah ke PUBG World League untuk bertanding dengan pasukan lain dari serata dunia.
Asia Tenggara mempunyai enam slot yang perlu diisi untuk mara ke PUBG Mobile World League.
Sebanyak 12 pasukan layak mewakili Malaysia ke kejohanan berprestij itu dengan kaedah penyiaran langsung oleh Facebook sebagai penyiar penstriman rasmi. - KitaReporters