Video| Terbaiklah Hazhlee Azid! Pemuda kreatif! Hasilkan pasu unik guna kain lusuh dan simen!
Published byMohamad Hazhlee Azid mencelup kain lusuh ke dalam simen yang dibancuh cair yang merupakan salah satu proses membuat pasu yang diusahakannya. - Kredit foto: TikTok @lie97_.
SIAPA sangka kain pelikat lusuh dan tuala lama yang sepatutnya dibuang boleh dijadikan bahan asas bagi menghasilkan barangan yang mempunyai nilai seni serta mampu memberi pulangan lumayan dengan sedikit sentuhan kreatif.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itulah pepatah yang tepat bagi mengambarkan usaha seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kelantan yang menghasilkan pasu hanya dengan menggunakan kain pelikat lusuh serta tuala lama dan simen sebagai bahan utama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kreatif
Tiang kayu yang diletakkan acuan berupa bekas plastik dijadikan tempat menyidai dan mengeringkan kain yang telah dicelup simen. - Kredit foto: TikTok @lie97_.
Menariknya cetusan idea kreatif pemuda ini boleh dijadikan sumber pendapatan ketika kebanyakan daripada rakyat negara ini sedang berdepan masalah ekonomi ketika ini.
Melalui video yang dimuat naik Mohamad Hazhlee Azid di laman media TikTok @lie97_ kendaliannya, pemuda tersebut berkongsi teknik membuat pasu ciptaannya, yang dipanggil pasu bunga, yang kelihatan seperti tidaklah begitu sukar namun hasilnya begitu mengagumkan.
Kain yang sudah dicelup simen disidai di tempat khas bagi mengeringkannya. - Kredit foto: TikTok @lie97_.
Perkongsian video tersebut menunjukkan Mohamad Hazhlee mencelup sehelai kain ke dalam simen yang dibancuh cair sebelum kain yang berlumuran simen tersebut disidai melitupi bekas- bekas seperti pasu plastik yang ditelangkupkan pada sebatang kayu bagi proses mengeraskannya.
Bentuk kedutan kain dibaluti simen apabila mengeras menghasilkan bentuk pasu yang begitu unik dengan nilai estetika tersendiri dan pastinya mampu menarik minat setiap mata memandang serta berpotensi untuk dikembangkan.
Proses mewarna dilakukan selepas pasu keras. - Kredit foto: TikTok @lie97_.
Rata-rata nitizen yang menonton perkongsian video itu memuji kreativiti anak muda tersebut yang disifatkan bijak menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan produk yang bernilai tinggi.
Malah Mohamad Hazhlee juga tidak kedekut ilmu apabila berkongsi tip bagi memudahkan proses menanggalkan pasu tersebut daripada acuan selepas simen keras dengan cara meletakkan plastik pada acuan terlebih dahulu sebelum menyidai kain yang telah dicelup dengan simen.
Selepas keras pasu tersebut pastinya perlu melalui beberapa proses akhir seperti menghaluskan permukaan yang kasar serta mewarna bagi menambah seri dan lebih menarik dipandang. Warna putih dilihat lebih menonjol dan menarik dipandang.
Jika dilihat pasu yang sudah mendapat sentuhan akhir pemuda tersebut, ternyata hasil tangan Mohamad Hazhlee bukan sekadar cantik jika digunakan untuk meletakkan pokok bunga hiasan di dalam dan rumah di luar rumah, malah pelbagai hiasan lain serta sesuai dijadikan sebagai cenderahati.
Moga perkongsian video serta usaha kreatif anak muda ini mampu memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk berfikir di luar kotak dengan menghasilkan barangan lain secara kreatif yang mampu menjana pendapatan daripada bahan terbuang lain. - KitaReporters
Warna putik menyerlahkan lagi keunikan serta nilai estetika pasu bunga yang dihasilkan Mohamad Hazhlee. - Kredit foto: TikTok @lie97_.
Pasu bunga yang dihasilkan Mohamad Hazhlee yang telah siap. - Kredit foto: TikTok @lie97_.