Demi AirAsia! Dari CEO, Tony jadi penghantar makanan pula!
Published byTONY FERNANDES. - Kredit foto: AFP/Getty Images
Bekerja dalam bidang penerbangan tidak lagi dianggap pekerjaan eksekutif dan menjadikan sejumlah juruterbang yang dahulunya berpendapatan puluhan ribu ringgit sebulan hilang segalanya.
Orang ramai pasti terperanjat melihat apa yang terjadi dalam syarikat penerbangan tambang rendah terkenal, Air Asia.
Anggapan bahawa syarikat penerbangan itu benar-benar bermasalah dikuatkan lagi apabila Ketua Pegawai Operasi (CEO) kumpulan, Tan Sri Dr Tony Fernandes, 54, memperlihatkan dirinya menjadi penghantar makanan.
Tony Fernandes mengejutkan masyarakat apabila memuat naik gambar dia menjadi penghantar makanan dalm Instagramnya.
Tony atau nama penuhnya Anthony Francis Fernandes dalam entri terbaharunya dalam Instagramnya memperlihatkan dia menjadi penghantar makanan dengan memegang topi keledar dan di sampingnya kelihatan sebuah motosikal penghantar makanan dari AirAsia Food.
Sebaliknya dia bergambar sedemikian untuk mempromosi AirAsia Food iaitu antara perkhidmatan baharu yang telah diperkenalkan syarikat penerbangan itu.
AirAsia telah melancarkan platform penghantaran makanan mereka sendiri melalui aplikasi yang dapat memberikan sokongan kepada perniagaan tempatan.
Sementara itu, menurut laman web AirAsia, platform penghantaran makanan itu telah bermula sejak Jun 2020 untuk menyokong perniagaan tempatan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran.
Semua perkhidmatan. Ia boleh diakses melalui airasia.com.
Buat masa ini, AirAsia Food hanya membuat penghantaran di Lembah Klang sahaja.
Tony juga ada dilaporkan berminat untuk turut mengembang sayap perniagaan AirAsia ke dalam bidang restoran makanan segera. - KitaReporters